Berita

Need for Speed ​​Payback: Akan Datang 10 November Ini

Diolah oleh hang92

Need for Speed ​​Payback adalah siri seterusnya dalam francais perlumbaan legenda daripada EA Games. Permainan ini akan dimainkan di Fortune Valley, tempat yang seakan-akan Las Vegas.

Anda dan rakan-rakan anda akan bersatu dalam misit untuk membalas dendam terhadap kumpulan The House, geng jahat yang menguasai bandar ini termasuk kasino, penjenayah dan polis.

Plot jalan cerita permainan mengisahkan anda akan mengambil peranan dalam beberapa seperti cubaan merompak kasino, perlumbaan kereta, dan juga termasuk aksi kejar-mengejar dengan polis.

Jika anda membuat pesanan awal terhadap permainan ini, anda akan dianugerahkan Platinum Pack, yang mengandungi dengan lima kenderaan berikut:

  • 1967 Chevrolet Camaro SS
  • 1969 Dodge Charger R/T
  • 2008 Nissan 350Z
  • 2016 Ford F-150 Raptor
  • 2016 Volkswagen Golf GTI Clubsport

Tarikh pelancaran permainan ini dijadualkan pada 10 Nov di seluruh dunia, jika anda membeli Edition Deluxe anda akan dapat untuk bermain tiga hari dengan awal. Anda juga akan dianugerahkan beberapa bonus dan tambahan misi cerita.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.

Anda mungkin meminat artikel yang juga berkaitan dengan ini seperti:

6 Permainan Lumba Kereta Yang Kami Tunggu 2017

PS VR: Melihat Kereta Mainan Anda Berlumba Dengan Permainan Tiny Trax

Fast & Furious : Permainan Perlumbaan Yang Seakan Seperti Filem Ini