Berita

Need For Speed Payback: Akan Membuatkan Anda Merasa Seperti Hero Filem Aksi

Diolah oleh Konsol

Sudah tentu anda merasakan permainan terbaru ala-ala Fast and Furious ini tampak sangat menarik, betul tak?

Bagi kami permainan Need For Speed Payback ini amat menarik sekali kerana setiap aksi yang dibuat di dalam permainan akan diikuti dengan letupan-letupan besar atau kecil dengan bergaya.

Ianya sama seperti mana anda menonton sebuah filem aksi.

Memetik kata-kata kepada pengarah kreatif iaitu William Ho didalam satu temubual bersama pihak Playstation Blog baru-baru ini, beliau menegaskan bahawa –

“Jika anda menonton kembali filem-filem aksi sebelum ini dengan babak aksi kejar mengejar kereta, ianya sangat seronok untuk ditonton dengan pelbagai aksi menarik kereta bertembung antara satu sama lain sehingga menyebabkan ia terbalik”

Baca Juga: Need for Speed ​​Payback: Akan Datang 10 November Ini

Selain itu beliau juga memetik – “Anda juga akan menyaksikan sebuah kereta melambung dan berterbangan di udara, serta berpusing-pusing. Diikuti dengan kamera yang bergerak secara perlahan, serta latar belakang muzik yang mengasyikkan. Ini semua membuatkan anda seolah-olah merasakan anda betul-betul berada di dalam sebuah filem aksi yang sebenar”

“Itulah sebabnya mengapa permainan Need For Speed Payback ini direka sedemikian rupa. Ianya kerana kami mahukan anda merasa pengalaman sendiri seperti mana anda menjadi seorang hero filem aksi”

Rumusan

Jadi, tepat tekaan kami bahawa permainan ini sememangnya dibina bagi menghadirkan pengalaman baru kepada para pemain dan apabila anda bermain permainan ini, anda seolah-olah merasakan diri anda adalah Paul Walker di dalam filem Fast and Furious 🙂

Sumber: GamingBolt

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.