Imbasan

NEED FOR SPEED PAYBACK: Memberikan Apa Yang Peminat Inginkan Selama Ini

Diolah oleh Along Naz

Electronic Arts amat teruja dengan permainan yang berkisahkan kelajuannya yang terbaru. Dijadualkan berada di pasaran pada 10 November 2017 nanti melalui platform konsol PS4 dan juga Xbox One.

Dalam temubual singkat bersama wakil rasmi kepada Eksekutif Penerbitan program NFS, Marcus Nilsson. Beliau menyatakan bahawa Need For Speed kali ini kembali dengan melangkaui jangkaan peminat terhadap permainan ini.

“Dengan jenama Need For Speed ini, pasti kami akan memberikan segalanya kepada peminat” Katanya merujuk kepada pelancaran francais permainan ini kelak.

“Permainan ini akan memberikan karektor yang lebih spesifik, menampilkan pelbagai jenis kereta dan sudah pasti perlumbaan yang sengit dan berintensiti tinggi persis dunia sebenar”. Ujarnya lagi.

Image result for nfs payback

Beliau menambah “Dengan Need For Speed Payback, kami memasukkan semua elemen yang ada ke dalam pemanduan gaya ‘blockbuster‘ terkini”.

Jalan cerita, watak berbeza dan pemanduan berbeza, pelbagai misi dan banyak lagi elemen hanyalah beberapa contoh yang kita percaya sebagai elemen ‘biasa’ ada dalam sesebuah NFS.

Persoalannya, mampukah Electronic Arts memberikan satu tahap berbeza kepada peminat melalui Need For Speed: Payback ini nanti? Sama-sama kita nantikan.

sumber : 3djuegos

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia

Anda juga mungkin meminati video lain seperti seperti:

Need for Speed ​​Payback: Akan Datang 10 November Ini

EA Play 2017 ; Need For Speed dan Starwars Battlefront 2 Akan Diumumkan

Fast & Furious : Permainan Perlumbaan Yang Seakan Seperti Filem Ini