Berita

Need for Speed Payback: Pemain Boleh Menukar Kereta Tukun Menjadi Kereta Litar

Need-for-Speed-Payback
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

EA dan Ghost Games telah mengeluarkan treler baru untuk Need for Speed Payback yang menunjukkan butiran lebih lanjut mengenai permainan ini.

Treler ini memaparkan pilihan penyesuaian yang mendalam dan juga mendedahkan kenderaan klasik yang anda perlu membaik pulih agar ia kembali sedia kala seperti di zaman kegemilangannya.

Need-for-speed-payback

Pemain boleh mencari dan menemui kereta klasik sepanjang permainan. Pada dasarnya ia hanyalah casis kereta, yang kemudiannya boleh berkembang dari kereta tukun ke keadaan asal mereka, sebelum dipertingkatkan sehingga mereka menjadi sebuah kereta yang mampu mencabar kereta kepunyaan Dominic Toretto.

Berikut adalah treler terbaru yang dipertontonkan;

Di samping itu, EA juga mengumumkan bahawa jika pemain melakukan pra-tempahan permainan, pemain akan menerima Platinum Car Park yang sangat eksklusif. Ini akan memberi anda akses kepada lima ‘kereta yang ikonik’, serta beberapa barangan Platinum Blue Underground dan Tyra Smoke Vanity yang lebih eksklusif.

Need for Speed: Payback akan hadir ke PC, PlayStation 4 dan Xbox One pada 10 November 2017.

Anda juga mungkin berminat untuk membaca artikel lain seperti ini:

Need For Speed Payback: Akan Membuatkan Anda Merasa Seperti Hero Filem Aksi

NEED FOR SPEED PAYBACK: Memberikan Apa Yang Peminat Inginkan Selama Ini

Sumber: VideoGamer

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.