Berita

NES Classic Editions Dijual Setiap 2 Minit di eBay Ketika Ini

Diolah oleh hang92

Harga selepas jualan melonjak 6 kali ganda daripada harga asal konsol ini. Masyuk!

NES Classic Edition sentiasa menjadi seperti pisang goreng panas kerana betapa lakunya konsol ini di pasaran, tetapi sekarang anda tahu bahawa Nintendo sudah mengumumkan untuk menghentikan pengeluaran kepada konsol ini.

Baca di sini untuk mengetahui tentang langkah Nintendo menghentikan pengeluaran Famicon

Image result for NES Classic Editions

Kepada pengumpul koleksi Nintendo, lebih baik anda bertindak segera sebelum harganya akan melonjak lagi.

Pada Khamis, 13 April lepas iaitu hari yang Nintendo mengumumkan bahawa konsol plug-and-play ini tidak lagi berada dalam pengeluaran. Pengguna di eBay telah segera membeli NES Classic Edition ini pada kadar dua unit per minit.

Image result for NES Classic Editions

Seorang wakil bagi laman lelongan ini berkata konsol ini sudah mencecah harga $ 332 (~ RM 1460.80) , atau hampir enam kali harga asal konsol ini.

Nampak gaya peminat Nintendo sanggup mengeluarkan banyak belanja untuk mesin konsol retro ini.

Jadi apa kata anda yang sudah memiliki konsol ini? Taknak cuba pasarkan di laman web mudah?

sumber : polygon

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.