Berita

NieR: Automata Akan Hadir Dalam Bentuk Novel Ke Pasaran Jepun Ogos Ini

neir-automata
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

NieR: Automata telah mendapat sambutan menggalakkan sejak dilancarkan pada awal tahun ini, dan peminat di Jepun tidak lama lagi dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang watak-watak utama dalam permainan melalui novel yang akan dikeluarkan pada bulan Ogos ini.

NieR-Automata

Diumumkan di akaun Twitter NieR: Automata Jepun (melalui Siliconera), novel ini akan dikeluarkan pada 5 Ogos di Jepun, tanpa sebarang pengumuman tarikh pengeluaran di seluruh dunia, setakat ini.

Pengarah permainan Yoko Taro akan menerajui projek ini, sementara Jun Eishima, yang telah menulis beberapa buku berkaitan permainan video sebelum ini, adalah pengarangnya.

Buku novel ini sudah boleh dibeli dengan pra-tempahan di kedai atas talian Square Enix Jepun. Jika anda peminat NieR: Automata yang fasih dengan tulisan dan bahasa Jepun. Maka, anda boleh membuat pra-tempahan.

Sumber: VideoGamer

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia