Berita

NieR Automata : DLC Terbaru Akan Dilancarkan Pada 2 Mei Dan Ianya Berharga RM 60.00

Diolah oleh hang92

Hari ini, Square Enix telah mengumumkan DLC pertama yang dikeluarkan untuk permainan JRPG yang baru sahaja dilancarkan iaitu NieR : Automata

Pengumuman itu dibuat oleh Pengarah Yoko Taro, Penerbit Yosuke Saito dan Pereka, Takahisa “Ikemen” Taura.

Baca di sini jika anda ingin mengetahui tentang pra-ulasan permainan NieR : Automata 

Kita akan mendapatkan tiga kostum dari permainan Nier yang sebelum ini. DLC ini akan dikeluarkan pada 2 Mei dan akan dijual pada harga 1,500 yen (~ RM 60.00) di Jepun.

Bukan itu sahaja, kandungan pertempuran baru juga akan dimasukkan, siap dengan kawasan baru yang boleh didapati di belakang kawasan misteri apologetik.

Selain itu, arena pertempuran yang baru juga boleh didapati pada DLC terbaru ini.

Jika anda berjaya menguasai arena ini, arena akan memberi pemain pelbagai ganjaran, termasuk pakaian dan warna rambut baru.

Baru-baru ini, Square Enix telah mengumumkan bahawa NieR : Automata telah menghantar lebih dari satu juta permainan ini di seluruh dunia.

NieR : Automata kini boleh didapati untuk PS4 dan PC.

sumber : dualshockers

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.