Berita

NieR: Automata : Mencapai 1.5 Juta Jualan Di Seluruh Dunia

Diolah oleh hang92

Permainan ini telah dilancarkan pada awal tahun 2017 untuk PS4 dan PC, dan dari sejak itu ianya telah mengumpul sebanyak 1.5 juta unit terjual. Itu yang diumumkan oleh Square Enix pada minggu ini.

Dalam temuramah dengan blog permainan terkenal Kotaku baru-baru ini, pengarah permainan NieR: Automata, Yoko Taro berharap agar pemaju permainan lain dapat menghentikan daripada membuat permainan. “Hal ini amat menyusahkan Square Enix untuk berniaga. Jika kita dapat kurangkan persaingan maka kita boleh tingkatkan keuntungan yang lebih”

DLC pertama untuk NieR: Automata iaitu  3C3C1D119440927 dilancarkan baru-baru ini dan boleh dimuatturun kepada semua pemain permainan ini.

Adakah anda juga turut menolong mencapai 1.5 juta salinan ini?

sumber : kotaku

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.

Anda mungkin meminat artikel yang juga berkaitan dengan ini seperti:

NieR Automata : DLC Terbaru Akan Dilancarkan Pada 2 Mei Dan Ianya Berharga RM 60.00

NIER AUTOMATA ; EKSKLUSIF UNTUK PS4 DAN PC