Ura-ura

NIER AUTOMATA – EKSKLUSIF UNTUK PS4 DAN PC

Diolah oleh Along Naz

Nier Automata dijangka dilancarkan selewat- selewatnya pada Mac 2017.

Permainan yang menawarkan gaya permainan gabungan genre aksi dan juga RPG ini adalah siri lanjutan daripada  versi hit pada tahun 2010  lalu, NieR dan permainan ini menggabungkan pereka berbakat Drakengard, Yoko Taro dengan kerjasama daripada team PlatinumGames.

Permainan ini mengisahkan tentang perjuangan  Android 2B, 9S dan A2 untuk menebus dystopia sebuah mesin yang dijana oleh senjata yang sangat berkuasa yang dikenali sebagai machine lifeforms.

Pihak yang menyerang, berasal dari sebuah dunia lain membuat serangan tanpa memberi sebarang amaran dengan menggunakan senjata rahsia mereka, the machines.  Dalam mengatasi ancaman ini, manusia didorong dengan tindakan untuk bersembunyi di bulan.

Kaum manusia membangunkan tentera android bagi melawan semula kumpulan penyerang, tapi proses itu sangat lambat untuk mendatangkan kejayaan. Bagi mengatasi masalah yang dihadapi, satu baka baru infantri android dihantar dalam pertempuran iaitu the YoRHa squad.

Di kawasan tanah yang tandus, perang di antara mesin dan android terus berlaku dan semakin teruk. Perang yang mana akan mendedahkan di mana kebenaran sebenar yang telah lama dilupakan.

Apakah pengakhirannya? Pastikan anda tidak ketinggalan untuk mendapatkan permainan ini.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.

Tarikh pelancaran : Mac 2017

Genre : Aksi