Berita

Nintendo 2DS XL Akan Dilancarkan Pada 28 Julai : Apa Yang Patut Anda Tahu

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Nintendo akan menambah satu lagi konsol bimbit pada tahun ini dalam bentuk yang baru iaitu Nintendo 2DS XL. Menyertai 2DS dan 3DS XL sebagai ahli “keluarga Nintendo 3DS” 2DS XL akan berada di pasaran pada 28 Julai dengan harga cadangan USD 149.99. (RM 649.08 – tukaran terus)

Mengapa Membeli 2DS XL?

Walaupun dengan Nintendo Switch baru sahaja beberapa bulan di lancarkan, permintaan untuk Nintendo 3DS sebenarnya telah meningkat pada tahun lepas. Tajuk permainan eksklusif Pokémon Sun dan Pokémon Moon telah menyumbang kepada permintaan tinggi untuk konsol bimbit 3DS pada skala global.

Menurut Nintendo Japan, syarikat telah menghantar 7.27 juta unit Nintendo 3DS pada April 2016 sehingga 2017 Mac (peningkatan sebanyak 0.48 juta berbanding tahun sebelumnya), yang mana 4.78 juta unit dengan paparan 3D dan 2.49 juta unit dengan paparan 2D.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Nintendo America pula, Reggie Fils-Aimé memberitahu Time bahawa di Amerika, laporan kewangan perkakasan 3DS meningkat sebanyak 13% dan perisian 3DS meningkat sebanyak 28%.

Harga

Apabila melihat perbandingan antara 2DS XL dan 3DS XL, terdapat perbezaan harga sebanyak USD50 (RM216.37 – tukaran terus) di antara dua peranti ini. Bagi peminat yang tidak keberatan dengan kehilangan paparan stereoskopik 3D, peminat boleh memilih 2DS XL.

2DS XL adalah lebih ringan dan sedikit langsing kerana ia tidak mempunyai sistem face-tracking camera. Saiz skrin dan resolusi pula adalah sama dengan 3DS XL. Kedua-dua konsol bimbit ini menyokong built-in amiibo, dan susun atur butang adalah hampir sama.

Nintendo menyatakan harga yang kompetitif dan perbezaan yang minimum meletakkan 2DS XL sebagai satu konsol bimbit yang ideal untuk pemilik kali pertama dan keluarga yang mencari konsol bimbit kedua atau ketiga.

Keserasian

Pemain boleh menikmati hampir setiap permainan 3DS pada 2DS sedia ada. Mereka juga boleh memanfaatkan perpustakaan permainan DS sedia ada mereka. Ini kerana kedua-dua 3DS dan 2DS adalah backwards compatible.

Melangkah ke hadapan, mereka yang inginkan keseluruhan perpustakaan permainan Nintendo DS dan 3DS boleh berbuat demikian di 2DS yang baru ini.

Permainan Akan Datang

Apabila 2DS XL dilancarkan kelak, dua permainan baru ini juga dijadualkan untuk membuat penampilan pertama pada hari yang sama: Hey Pikmin! dan Miitopia. Ini sekaligus memperkenalkan permainan Pikmin yang pertama berplatformkan konsol bimbit, dan ia adalah satu pengalaman baru.

Permainan lain yang juga akan berada di pasaran untuk 3DS pada tahun ini adalah Fire Emblem Echoes: Shadows of Valentia, Kirby’s Blowout Blast, Culdcept Revolt, Ever Oasis, and Cooking Mama: Sweet Shop.

Sumber: inquisitr

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.