Berita

Nintendo Bercadang Untuk Menjual Permainan Video Klasik Dengan Lebih Meluas

Diolah oleh Konsol

Nintendo boleh dikatakan antara syarikat permainan video yang tertua dan  masih lagi bertahan serta mempunyai peminat yang ramai pada masa kini.

Sejarah syarikat Nintendo ini adalah terlalu panjang dan lama jika hendak dihuraikan, kerana kami percaya kebanyakan peminat permainan video ketika ini boleh dikatakan mengenali permainan video berasal daripada konsol Nintendo.

Sejak dari tahun 70 an hingga kini, pihak Nintendo tidak pernah lekang untuk menghiburkan kita dengan pelbagai siri inovasi permainan video.

Antara inovasi pihak Nintendo ialah dengan membangunkan konsol-konsol popular mereka seperti Wii, Wii U, Switch, Gameboy, 3DS dan banyak lagi.

Pihak Nintendo sebenarnya mempunyai ribuan koleksi permainan video klasik yang masih lagi relevan untuk dimainkan pada masa sekarang.

Disebabkan itu, Nintendo merancang untuk menjual semula koleksi-koleksi permainan video klasik Nintendo dengan lebih meluas.

Contoh permainan video klasik yang ingin dipasarkan semula oleh pihak Nintendo ini seperti Super Mario Bros, Excitebike, Metroid, Megaman 2, Ice Climber, Super Contra dan banyak lagi seperti disini senarai permainan video klasik Nitendo.

Rumusan

Jika perkara ini menjadi kenyataan, kita akan dapat melihat permainan-permainan klasik Nintendo ini bakal dimainkan pada konsol-konsol Nintendo yang lebih moden seperti Nintendo Wii, Wii U dan Switch.

Macam manakah caranya nanti untuk mainkan permainan seperti Super Mario Bros pada Nintendo Wii?

Mesti ianya bakal memberi pengalaman yang menarik, kerana semua sedia maklum Nintendo Wii adalah konsol yang berasaskan kawalan pergerakan.

Jadi apa pendapat anda mengenai perkara ini? Adakah jika perkara ini benar-benar berlaku, adakah anda akan miliki konsol Nintendo semula?

Kongsikan pendapat anda bersama kami 🙂

Sumber: GamingBolt

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.