Berita

Nintendo Berkata Pasaran Untuk Permainan 4K Masih Kecil Dan Tidak Berbaloi

Diolah oleh Konsol

Walaupun Sony dan Microsoft telah pun menyasarkan pasaran permainan video 4K pada Playstation 4 Pro dan Xbox One X.

Tetapi bagi pihak Nintendo yang baru sahaja melancarkan konsol terbaru mereka iaitu Nintendo Switch pada tahun ini, hanya menyasarkan konsol mereka pada resolusi 720p jika dimainkan secara mudah alih dan 1080p jika dimainkan pada tv.

Pihak Nitendo baru-baru ini telah menyatakan bahawa –

“Jangan salah sangka terhadap kami tentang permainan video 4K. Nintendo Switch adalah satu sistem yang hebat dan telah mengagumkan ramai pihak.”

“Anda tidak perlukan permainan video pada resolusi 4K pada Nintendo Switch kerana ia adalah sebuah konsol yang hebat.”

“Selain itu pasaran untuk permainan video pada resolusi 4K masih lagi kecil dan tidak berapa menguntungkan.”

“Bagi kami di Nintendo, apa yang lebih penting ialah konsol Nintendo Switch akan dimainkan oleh ramai pemain di seluruh dunia.”

Pihak Nintendo juga menambah –

“Oleh itu setakat ini, konsol-konsol yang kami keluarkan seperti Nintendo Wii, dan Gamecube semuanya tidak menyasarkan pada kebolehan memainkan permainan pada grafik yang tinggi.”

Jadi dengan pengumuman ini, jika anda menantikan permainan pada resolusi 4K pada konsol Nintendo Switch, mungkin penantian anda ini akan menjadi sia-sia.

Ini kerana, buat masa ini pihak Nintendo dilihat menyasarkan strategi mereka kepada permainan yang lebih santai dan lebih sesuai dimainkan oleh semua generasi dengan tidak mengenal usia.

Baca Juga: FIFA18: Bagaimana Mutu Grafik Permainan Ini Pada Nintendo Switch?

Rumusan

Adakah anda merasakan pelan dan strategi pihak Nintendo ini adalah sesuatu yang bijak?

Adakah dengan lebih memfokuskan pada permainan santai dan sesuai untuk dimainkan bersama keluarga lebih membuatkan pihak Nintendo mempunyai peminat yang ramai?

Kongsikan bersama kami ūüôā

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.