Berita

Nintendo Dan Mario Mendominasi Anugerah ‘Game Critics’ E3 2017

nintendo-mario-e3-2017-game-critics-awards-winners
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Anugerah Game Critics adalah satu kumpulan bebas hasil gabungan daripada 40 cawangan global, setiap tahun mereka berkumpul dan memberikan satu penghargaan berprestij yang khusus untuk permainan di E3. Maka, acara E3 tahun ini juga tidak terkecuali.

Nintendo telah mencuri tumpuan untuk anugerah tahun ini, memenangi pelbagai anugerah dari pengkritik permainan terkemuka dan akhbar, meletakkan mereka paling teratas untuk Anugerah Game Critics tahun ini.

nintendo-switch

Dengan pelancaran Nintendo Switch bulan Mac lalu, Nintendo tampil gah di E3 tahun ini dan terima kasih dengan bantuan permainan Mario Odyssey, mereka berjaya memenuhi jangkaan yang diberikan ramai pihak.

Mario Odyssey memenangi pelbagai kategori di Anugerah Game Critics tahun ini. Permainan ini bukan sahaja memenangi  Permainan Konsol Terbaik dan Permainan Aksi/Pengembaraan Terbaik tetapi juga memenangi Pertunjukan Terbaik.

nintendo-direct

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Nintendo telah memulakan satu kebiasaan untuk memilih tidak mengadakan persidangan, dan hanya bergantung kepada segmen video Nintendo Direct mereka, disusuli dengan acara Treehouse secara langsung, di mana mereka memperlihatkan demo baru.

Acara Treehouse mereka tahun ini menampilkan Metroid 2 untuk Nintendo 3DS. Tajuk ini akhirnya memenangi kategori konsol bimbit terbaik di Anugerah Game Critics tahun ini.

mario-rabbids-rpg

Walaupun banyak kebocoran maklumat sebelum pendedahan rasmi, permainan Nintendo dan Ubisoft yang akan datang, Mario + Rabbids Battle Kingdom untuk Nintendo Switch, memenangi Anugerah Game Critics untuk Permainan Asal Terbaik.

Bagi anda yang ingin tahu tentang kategori dan pemenang lain yang telah diumumkan untuk Anugerah Game Critics E3 2017 boleh lihat senarai penuh seperti berikut;

Pertunjukan Terbaik
Super Mario Odyssey
(Nintendo untuk Nintendo Switch)

Permainan Asal Terbaik
Mario + Rabbids Battle Kingdom
(Ubisoft Paris / Ubisoft Milan / Ubisoft untuk Nintendo Switch)

Permainan Konsol Terbaik
Super Mario Odyssey
(Nintendo untuk Nintendo Switch)

Permainan VR Terbaik
Lone Echo
(Ready at Dawn / Oculus Studios untuk PC)

Permainan PC Terbaik
Destiny 2
(Bungie / Activision)

Permainan Konsol Bimbit Terbaik
Metroid: Samus Returns
(MercurySteam / Nintendo untuk Nintendo 3DS)

Perkakasan  Terbaik
Xbox One X
(Microsoft)

Permainan Aksi Terbaik
Wolfenstein II:The New Colossus
(Machine Games / Bethesda untuk PC, PS4, Xbox One)

Permainan Aksi / Pengembaraan Terbaik
Super Mario Odyssey
(Nintendo untuk Nintendo Switch)

Permainan RPG Terbaik
Ni No Kuni II: Revenant Kingdom
(Level 5 / Bandai Namco Entertainment untuk PC, PS4)

Permainan Perlumbaan Terbaik
Forza Motorsport 7
(Turn 10 / Microsoft Studios untuk PC, Xbox One)

Permainan Pertempuran Terbaik
Dragon Ball FighterZ
(Arc System Works / Bandai Namco Entertainment untuk PC, PS4, Xbox One)

Permainan Sukan Terbaik
FIFA 18
(EA Canada / EA untuk PC, PS3, PS4, Xbox 360, Xbox One)

Permainan Strategi Terbaik
Mario + Rabbids Battle Kingdom
(Ubisoft Paris / Ubisoft Milan / Ubisoft untuk Nintendo Switch)

Permainan Keluarga Terbaik
Hidden Agenda
(Supermassive Games / Sony Interactive Ent untuk PS4)

Permainan Multiplayer Atas Talian Terbaik
Star Wars Battlefront II
(EA DICE/Motive/Criterion/Electronic Arts untuk PC, PS4, Xbox One)

Permainan Bebas Terbaik
The Artful Escape
(Beethoven & Dinosaur/Annapurna Interactive untuk PC, Xbox One)

Sumber: CgMagOnline

Anda juga mungkin berminat untuk membaca artikel lain seperti ini:

Carta Video Treler Yang Paling Banyak Ditonton Pada Acara E3 2017

Analisis Penuh Untuk Konsol Dan Permainan Paling Popular Di E3 2017

Permainan Indie Terbaik Semasa Persidangan E3 2017

Saksikan Rangkuman Video Permainan PSVR Pada E3 2017

Senarai Video Sony Terbaik Di E3 2017

Permainan Seram Terbaik Di E3 2017

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.