Berita

Nintendo dan Microsoft Berada Jauh Di Hadapan Sony Dalam Teknologi Haptik – Immersion

Diolah oleh Konsol

Anda mungkin tidak tahu apa itu Immersion? Immersion adalah sebuah syarikat yang membekalkan perkakasan maklum balas haptik (tindakbalas sentuhan) pengawal permainan yang digunakan di dalam konsol Xbox, Nintendo, dan PlayStation.

Walaupun pada zahirnya, ramai pihak menganggap pihak Immersion tidak begitu penting, tetapi sebenarnya tanpa mereka yang membekalkan perkakasan maklum balas haptik, tidak mungkin kita dapat merasai pengalaman yang begitu mengujakan ketika bermain permainan video pada masa kini.

Image result for haptic immersion

Baru-baru ini, ketua pegawai eksekutif Immersion iaitu Vic Viegas telah mengatakan sesuatu yang mengejutkan, dimana teknologi getaran dan maklum balas haptik yang digunakan oleh pihak Sony adalah jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan Microsoft dan juga Nintendo.

Vic Viegas telah berkata:

“Sony adalah satu-satunya syarikat penyedia konsol utama, yang pada asasnya tidak mengemas kini teknologi getaran dan maklum balas haptik mereka sejak lewat 90-an. “

“Sedangkan syarikat-syarikat lain, seperti pemegang lesen kami Microsoft dan Nintendo telah meneruskan pembangunan dan kajian mereka untuk memajukan lagi teknologi getaran dan maklum balas ini.

Rumusan

Apa pun keputusan yang dibuat oleh pihak Sony, kita seharusnya tidak boleh mempersoalkannya. Ini kerana bagi kami, walaupun konsol keluaran pihak Sony tidak menggunakan teknologi semaju pengeluar-pengeluar lain.

Tetapi jika kita ambil dari sudut yang lain, pihak Sony telah pun berjaya membuktikan bahawa teknologi bukanlah penentu didalam pasaran permainan video.

Apa kata anda? Rasa kecewa ke dengan berita ini? Kongsikan bersama kami di ruangan komen.

Sumber: GamingBolt

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.