Berita

Nintendo Disaman Oleh Gamevice Kerana Rekaan Nintendo Switch

Diolah oleh Konsol

Pada tahun 2017 ini, antara konsol yang amat mencuri tumpuan setiap peminat permainan video di dunia mahupun di Malaysia ialah konsol hibrid keluaran Nintendo iaitu Nintendo Switch.

Populariti Nintendo Switch ini bukan sahaja hadir kerana kehebatan mobilitinya untuk memainkan permainan video di kaca televisyen dan juga secara mudah alih, bahkan angka jualannya juga amat mengejutkan semua pihak dimana jualan Nintendo Switch juga telah mengalahkan jualan Sony Playstation 4 di Jepun bagi tahun 2017 ini.

Namun disebalik memori indah yang telah hadir bersama konsol hibrid ini, ada juga berita yang kurang menyenangkan dimana konsol Nintendo Switch didakwa telah pun meniru rekaan paten konsol hibrid daripada pihak Gamevice.

Pada minggu lepas, syarikat Nintendo telah disaman oleh syarikat yang berpengkalan di Amerika Syarikat iaitu Gamevice.

Pihak Gamevice telah pun mendakwa, rekaan yang hadir pada konsol Nintendo Switch sebenarnya adalah rekaan milik mereka. Sebelum ini, pihak Gamevice telah hadir dengan konsol mudah alih yang berasaskan Android yang dikenali sebagai Wikipad.

Konsol Wikipad ini boleh dimasukkan kedalam kerangka khas yang mempunyai pelbagai butang kawalan untuk memudahkan permainan video dimainkan. Jadi paten inilah yang dikatakan oleh pihak mereka bahawa Nintendo telah pun menirunya.

Selain daripada itu, terdapat juga alat kawalan yang dihasilkan oleh pihak Gamevice bagi iPad dan iPhone yang amat menyerupai alat kawalan Joy-Con milik Nintendo Switch. Ini menguatkan lagi dakwaan mereka bahawa pihak Nitendo telah pun mencuri hak paten mereka ketika merekabentuk konsol Nintendo Switch.

Rumusan

Tidak banyak yang kami boleh rumuskan disini, cuma apa yang kami ingin katakan mungkin betul kata perpatah bahawa “Artis yang bagus meniru, dan Artis yang hebat mencuri” 🙂

Apa kata anda mengenai berita ini? Kongsikannya bersama kami diruangan komen.

Sumber: Engadget

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.