Berita

Nintendo Kalah Saman Terhadap Syarikat Go-Kart

Diolah oleh hang92

TOKYO – Nintendo sentiasa tegas untuk mempertahankan harta intelek mereka. Walaubagaimanapun, bukan semua pengeluar sentiasa berada di pihak yang betul dalam menyatakan tindakan undang-undang.

Nintendo telah mendapat tamparan hebat di mahkamah Jepun, selepas tindakan menyaman sebuah syarikat go-kart dengan Maricar berakhir dengan kekalahan.

Nintendo telah memfailkan saman di Mahkamah Daerah Tokyo terhadap sebuah syarikat sewa go-kart Tokyo dan menuntut ganti rugi daripada ¥ 10.000.000 lebih kerana mereka telah membuat pelanggaran hak cipta permainan perlumbaan popular “Mario Kart.”

Nintendo mendakwa bahawa syarikat Maricar mempromosikan perniagaan mereka dengan slogan “Real Life Mario Kart” tanpa mendapat kebenaran untuk menggunakan watak-watak ikonik permainan video dan kostum untuk go-kart mereka di sekitar bandar Shinagawa.

Walaupun tuntutan mahkamah ini mungkin kurang penting bagi kita, namun ia masih menandakan bahawa Nintendo cuba untuk mengekalkan kawalan sebanyak yang boleh terhadap harta intelek.

Saman kedua telah difailkan selepas kekalahan yang pertaman. Adakah keputusan akan berubah atau masih sama. Kita sama-sama nantikan.

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.