Berita

Nintendo Mengumumkan Konsol SNES Classic Edition, Dilancarkan Pada 29 September Untuk RM350.00

Diolah oleh hang92

Mengekori berita pada awal tahun ini, Nintendo secara rasminya telah mengumumkan bahawa konsol SNES Classic Edition akan dilancarkan pada 29 September dengan harga $ 79.99 (~RM 350). Konsol ini lebih kecil daripada Super NES yang asal dan akan tersedia sebanyak 21 permainan di dalam konsol tersebut, satu kabel pengecasan USB, dua pengawal berwayar, dan kabel HDMI.

Image result for snes classic edition

Walaupun terdapat sebanyak 21 judul permainan, Nintendo juga telah memasukkan satu judul permainan baru iaitu Star Fox 2, yang tidak pernah dilancarkan di mana-mana konsol lain. Permainan telah mengikuti francais judul pertama iaitu Star Fox.

Antara 21 permainan yang disediakan dalam SNES Classic Edition ialah;

  • Contra III: The Alien Wars
  • Donkey Kong Country
  • EarthBound
  • Final Fantasy III
  • F-Zero
  • Kirby Super Star
  • Kirby’s Dream Course
  • The Legend of Zelda: A Link to the Past
  • Mega Man X
  • Secret of Mana
  • Star Fox
  • Star Fox 2
  • Street Fighter II Turbo: Hyper Fighting
  • Super Castlevania IV
  • Super Ghouls ’n Ghosts
  • Super Mario Kart
  • Super Mario RPG: Legend of the Seven Stars
  • Super Mario World
  • Super Metroid
  • Super Punch-Out!!
  • Yoshi’s Island

Wakil Nintendo Amerika, Doug Bowser berkata:

Walaupun semua orang di dunia telah mengangkat konsol Super NES sebagai sebuah konsol yang yang mengandungi permainan terhebat, namun generasi yang lebih muda tidak pernah mempunyai peluang untuk bermain dengan permainan klasik ini. Dengan wujudnya Super NES Classic Edition, banyak pemain baru ini akan diperkenalkan dengan permainan terbaik Nintendo sepanjang zaman, manakala generasi lama pula akan dapat bermain dengan permainan kesukaan mereka dengan keluarga dan rakan-rakan. 

Jika anda masih ingat, NES Classic Edition merupakan konsol yang amat susah untuk didapati. Maka tidak mustahil jika Super NES kali ini juga akan menjadi fenomena serupa dengan NES Classic Edition.

Sumber: playstationlifestyle

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.