Berita

Nintendo Menyambut Ulangtahun Ke-25 Permainan Kirby Dengan Video Imbasan

Diolah oleh hang92

Watak bebola merah jambu daripada Nintendo ini baru sahaja meraikan ulangtahun kelahirannya yang ke-25 pada dua minggu lepas. Bagi meraikan ulangtahun ini pihak Nintendo telah mengeluarkan satu video baru yang mengumpulkan kesemua permainan sejak permainan ini dilancarkan pada 25 tahun lepas dan sehingga kini.

Bermula daripada ciptaan kecil daripada tahun 1992, Kirby telah membuat kemunculan pertama pada konsol Game Boy di dalam permainan yang bertajuk Kirby’s Dream Land.  Kemudian Kirby muncul semula di dalam permainan Kirby Super StarKirby 64: The Crystal ShardsKirby Fighters DeluxeKirby’s Star StackerKirby Air Ride dan banyak lagi.

Jumlah keseluruhan permainan adalah sebanyak 29 tajuk permainan kesemuanya di dalam masa 25 tahun!

Yang paling penting sekali, Nintendo juga telah menunjukkan kepada kita tentang permainan Nintendo Switch terbaru tentang Kirby pada penghujung video ini. Permainan ini akan dilancarkan pada awal tahun 2018 mengikut perancangan.

Saksikan video tersebut di bawah, berikan pendapat anda tentang permainan Kirby yang mana menjadi pilihan anda:

sumber: dualshockers

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikannya di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.