Pilihan Kami

Nintendo Switch : Antara Aksesori Yang Boleh Anda Dapatkan

Staff Astro
Diolah oleh Staff Astro

Kami amat prihatin terhadap konsol Switch anda serta inginkan Switch anda berada dalam keadaan yang selamat serta Switch anda dicas dengan penuh untuk perjalanan kemana-mana.

Kami juga tidak mahu Nintendo Switch anda rosak dan cacat akibat beberapa kerosakkan ini

Bagi sesiapa yang baru membeli Switch ini adalah masa terbaik untuk anda membeli salah satu aksesori dan perkakasan untuk konsol baru anda.

Anggaplah pembelian aksesori ini seperti pembelian wajib untuk menjaga bayi anda dengan selamat apabila anda keluar dari rumah.

Daripada bekas menyimpan, terus kepada pengawal Switch, kesemuanya ada di sini kami dan kami telah senaraikan aksesori terbaik untuk Switch kesayangan anda

 

Pengawal Joy-Con Tambahan

Jika anda membeli Switch sudah pasti tersedia di dalam kotak asal, dan sebenarnya pengawal ini juga datang dalam pelbagai warna

Tahukah anda sesetengah permainan dalam Switch boleh dimainkan seramai 4 orang?

Ini bermakna anda juga boleh menambah keseronokan jika anda mendapatkan dua lagi pengawal untuk bermain sebagai empat pemain.

 

Pengawal Nintendo Switch Pro 

Jika anda dalam keadaan bermain Switch secara bersantai anda boleh menggunakan Joy Con biasa.

Tetapi jika anda ingin mainkan Switch di skrin besar, anda memerlukan pengawal ini dan ini adalah peluang anda untuk mencuba pengawal profesional ini.

Menggunakan Pengawal Switch Pro akan menguatkan genggaman tangan dan kawalan yang selesa menjadikan ianya sebagai aksesori tambahan yang mengagumkan bagi Switch anda

 

Joy-Con Charging Grip

Jika anda meletakkan Joy Con anda didalam Joy Con Grip pasti anda terfikir Joy Con anda sudah tidak secomel seperti sedang dimainkan tetapi tanpanya yang pasti pengawal biasa Joy Con anda boleh hilang dalam masa terdekat.

Joy Con grip ini tidak akan mengecas jika tidak disambungkan dengan kabel USB yang disediakan.

 

SteelSeries Arctis 3

Dengan audio jack 3.5mm di bahagian tepi konsol Switch yang anda boleh pasangkan apa sahaja fon kepala yang anda inginkan.

Kami cadangkan SteelSeries ARCTIS 3 yang dapat menyediakan bunyi-bunyi yang menarik untuk disampaikan kepada anda. Paling penting harganya tidak akan membebankan anda.

ARCTIS 3 juga boleh digunakan untuk platform lain yang mempunyai jack berukuran sama.

 

Kabel USB Jenis C Cable Matters

Jika anda tidak mahu menggunakan kabel asal Switch, anda boleh sebagai ganti menggunakan teknologi daripada syarikat lain.

Kabel USB jenis C daripada syarikat Cable Matters memudahkan kerja anda untuk mengecas. Kabel jenis ini juga murah dan senang didapati.

Anda jugak tidak perlu risau tentang masalah bateri lagi apabila anda sedang bermain menggunakan Joy Con anda..

 

Pengecas Kereta Nintendo Switch

Jika anda tidak dapat melepaskan Switch anda dan ingin terus bermain walaupun anda sedang memandu, anda perlukan aksesori ini untuk mengecas Switch di dalam kereta anda.

Jadi anda tidak perlu lagi untuk risau tentang kehabisan bateri lagi semasa berada dalam perjalanan.

 

Pengecas Mudah Alih Anker PowerCore 26800

Dengan jumlah tenaga yang tinggi oleh penggunaan Switch yang berterusan pasti anda perlukan suatu pengecas mudah alih yang sesuai digunakan dimana sahaja.

Tak kira la di dalam kapal terbang,kereta api atau bas. Dalam masa yang sama ianya boleh digunakan untuk mengecas telefon anda juga

Pelindung Skrin Orzly

 

Skrin terbina asal dalam Nintendo Switch membolehkan kita untuk menikmati beberapa visual yang menakjubkan, tetapi hal ini tidak penting jika skrin anda tercalar selepas anda menggunakannya.

Jika anda sedang mencari untuk beberapa insurans tambahan untuk membantu menjaga skrin anda, anda boleh mendapatkan pelindung skrin ini.

Barangan ini murah, mudah untuk dipasang, dan akan melindungi skrin Switch anda dalam keadaan baik.

Bekas Penyimpan Orzly

Switch ini lebih kurang samanya ketahanan berbanding 3DS, jadi jika ada peluang untuk anda membeli bekas penyimpan ini lebih baik anda terus membelinya.

Bekas penyimpan dari Orzly ini adalah pilihan yang terbaik, memberikan anda lebihan ruang untuk menyimpan konsol anda bersama-sama dengan poket tambahan untuk menyimpan kabel AC atau pengawal tambahan.

HORI Compact Playstand

Konsol Nintendo Switch ini dimainkan secara memegang, tetapi ia belum cukup sempurna.  Sebagai contoh apabila dalam keadaan memegang kita hanya dapat melihat dari satu sudut, dan apabila digunakan kabel wayar untuk mengecas Switch agak menganggu kita serba sedikit.

Cuba anda masukkan sekali Playstand ini , ianya akan memegang Switch anda di satu tempat, membolehkan pelbagai sudut dapat dilihat, dan memberi anda banyak ruang supaya anda boleh mengecas tanpa gangguan kabel.

Bekas Penyimpan Kad Permainan

Jika anda bukan seorang yang menggunakan muat turun digital sepenuhnya, anda perlu membeli kad permainan ini secara fizikal, dan saiz kad ini adalah kecil.

Bekas penyimpna kad ini boleh menyimpan sehingga 24 kad permainan ke dalam bekas yang nipis, dengan perlindungan plastik, dan juga memberi anda ruang tambahan untuk menyimpan kad memori MicroSD.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.