Pilihan Kami Tips

Nintendo Switch – Berbaloi Untuk Dibeli?

Diolah oleh Along Naz

Seperti yang telah kita semua sedia maklum, Nintendo baru sahaja melancarkan permainan video konsol terbaru, Nintendo Switch.  

Disertai pula dengan pelancaran permainan terbaik ‘sepanjang zaman’ The Legend of Zelda: Breath of the Wild.  

Bagaimanapun, ada satu persoalan yang bermain di minda. Adakah anda perlu membeli Nintendo Switch sekarang?

Pada kami, jawapannya adalah TIDAK! Tidak buat masa ini. Nintendo Switch mempunyai banyak lagi ruang kosong untuk diperbaiki.

Walaubagaimanapun, ingin dijelaskan berkemungkinan ada sebahagian kenyataan di dalam artikel ini ada betul, ada yang salah. Pertama sekali, kami tidak sesekali menyatakan bahawa Nintendo Switch ini adalah sebuah sistem yang teruk.

Kami percaya Switch mempunyai potensi untuk menjadi salah satu konsol dengan sistem yang lebih berjaya, dan ianya boleh menutup banyak kekurangan yang berlaku kepada WiiU.

Tambahan lagi, sehingga kini kami masih lagi tidak mempertimbangkan hasrat untuk membeli Nintendo Switch. Tapi kenapa?? Mari kita bincangkan sedikit persoalan mengapa dan kenapa.

1 – Kurangnya Tajuk Permainan

Perkara ini sangat jelas. Sekarang, Switch  terlalu ‘mengagungkan’ permainan Zelda walaupun wujud  beberapa permainan lain. Walaupun bagus sekali macam mana pun, dan ulasan-ulasan daripada pihak pengkritik dan penerimaan peminat fanatik kumpulan ini tidak cukup untuk menjustifikasikan satu pembelian sistem baru.

Selain itu, pelancarannya terdiri daripada tajuk yang biasa-biasa sahaja, atau pelancaran semula tajuk- tajuk lama yang telah pun ada untuk platform lain.

Bagi membolehkan Switch benar-benar menjadi satu sistem yang menarik perhatian pengguna bukan daripada peminat Nintendo, pemilihan tajuk- tajuk permainan yang lebih berkualiti  dapat memainkan peranan yang sangat penting kepada golongan ini pada masa akan datang.

Permainan seperti 1-2- Switch dan Super Bomberman R, yang mana telah dilancarkan bersama-sama Breath of the Wild, telah memberi satu petunjuk yang negatif, ianya tidak berjaya!

1-2- Switch adalah sebuah permainan bergenre party yang sepatutnya akan diingati selalu tetapi apa yang berlaku kini seolah-olah permainan ini telah dilupakan manakala Super Bomberman R adalah jelmaan baru bagi permainan klasik Bomberman.

Jika dilihat, tiada masalah pun dengan hal ini. Tetapi mereka sememangnya memerlukan satu alasan yang lebih kukuh untuk meyakinkan orang ramai ; Mengapa kami perlu sebuah lagi konsol baru?

Berita yang menggembirakan peminat adalah tajuk permainan yang baru yang telah diumumkan sama ada dari Nintendo sendiri atau pihak ketiga. Syarikat pemaju sendiri telah tampil mengumumkan bahawa mereka sedang membuat permainan baru untuk konsol ini, dan gelombang pertama tajuk-tajuk permainan yang dicanang oleh pihak ketiga ini menjadi sesuatu yang sangat penting bagi kita.

Tetapi kita sepatutnya ingat bahawa WiiU mempunyai satu senarai nama pemaju yang sama di mana  Nintendo telah menandatangani untuk membuat permainan bagi platform konsol, tetapi kebanyakkan pembangun permainan lain memberikan sokongan ‘separuh hati’ sahaja.

Ya, ala kadar sahaja! Pelancaran permainan yang dijanjikan untuk 12 bulan yang akan datang sepatutnya disertakan dengan nota peringatan – ianya bukan satu sebab yang menyakinkan  untuk membeli Switch ini sekarang, adalah lebih baik untuk kita tunggu dan lihat bagaimana prestasi sebenar konsol ini secara realiti.

2 – Hal berkaitan dengan Perkakasan

Dilaporkan bahawa Switch juga mempunyai beberapa masalah berkaitan dengan perkakasan. Masalah yang paling ketara adalah merujuk kepada masalah tiada tindak balas dari pada alat kawalan Joy-con.

Skrin pada konsol juga boleh tercalar oleh dok sekiranya tidak diletakkan dengan penuh cermat dan berhati-hati, dan beberapa lagi laporan telah diterima dalam beberapa hari ini.

Walaupun tiada isu- isu yang boleh kita terjemahkan sebagai sesuatu yang serius, namun ini menampakkan kepada kita bahawa tindakan mereka untuk melancarkan produk ini seperti tergesa-gesa.

Perkara ini agak mudah secara teknikalnya sekiranya mereka mengambil langkah awal untuk tidak mempercepatkan produk ini keluar daripada pasaran dahulu dan membaiki segala kelemahan yang ada seperti mengemaskini perisian atau membuat semakan semula pada sistem perkakasan.

3 – Kekurangan Aplikasi

Ini juga salah satu aduan yang diterima oleh Switch, yang menunjukkan buat masa ini masih kekurangan aplikasi tertentu. Umumnya, bagi platform ini, kita ketahui bahawa Nintendo telah ketinggalan dalam ‘perlumbaan’ apabila mengeluarkan produk bercirikan online ini

Switch sendiri tidak dapat melakukan banyak perkara bagi mengurangkan persepsi tersebut. Nintendo ada menawarkan perkhidmatan seperti Netflix kepada konsol, tetapi malangnya aplikasi ini tidak boleh digunakan.

Namun, Nintendo telah menjelaskan perkara ini,  bahawa kebanyakkan aplikasi yang diumumkan untuk Switch tidak akan ada pada hari pelancarannya,

Tetapi ini menjadikan kita agak ‘takut’ dan berkira- kira untuk mendapatkan permainan Switch ini.

4 – Adakah masalah Switch akan diperbaiki?

Tiada isu yang diperkatakan secara spesifik mengenai Switch ini. Secara teorinya, setiap permainan baru konsol yang telah dilancarkan pada tempoh 10 tahun yang lalu juga boleh dikatakan mempunyai masalahnya sehingga sekarang contohnya seperti Xbox 360.

Malah, untuk konsol Playstation 4 sekalipun, di mana secara umumnya dianggap menjadi platform terbaik, juga mengalami masalah perisian pada tahun pertamanya di pasaran sehingga sekarang. Tiada benda yang kekal bro.

5- Harga

Kita ketahui Switch mempunyai potensi yang amat besar untuk berkembang, mungkin dalam masa beberapa bulan, atau beberapa tahun, permainan konsol ini akan pasti mempunyai peminatnya sendiri.  

Tetapi, buat masa ini, ada pandangan mengatakan harganya tidak berbaloi dengan apa yang ditawarkan.

Tiada keraguan lagi, Switch berkemungkinan boleh menjadi salah satu platform terbaik di pasaran sekiranya Nintendo menyelesaikan beberapa isu dan masalah yang telah dinyatakan sebelum ini. 

Serta membuat harga konsol ini harga mampu milik untuk orang Malaysia khususnya.

Kesimpulan

Sekiranya anda berhasrat untuk memiliki Nintendo Switch, anda boleh menunggu untuk beberapa bulan lagi. Mudah-mudahan dengan kesabaran anda menunggu, anda dapat memiliki konsol ini serta permainan-permainan hebat sebagai pakej.

Jadi, adakah Nintendo Switch berbaloi untuk dibeli?

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.