Berita

Nintendo Switch Dan Madden NFL 18 Merupakan Konsol Dan Permainan Terlaris Pada Bulan Ogos Di Amerika Syarikat

Diolah oleh hang92

Syarikat penganalis permainan video, NPD Group pada hari ini telah mengeluarkan laporan bulan untuk bulan Ogos 2017 untuk jumlah konsol yang dijual di Amerika Syarikat.

Di dalam tersebut, konsol hibrid keluar Nintendo iaitu Nintendo Switch telah menguasai sebahagian besar carta pai bagi jualan konsol di AS. the cake. Nintendo Switch telah menjadi juara selama empat daripada enam bulan selepas ianya dilancarkan pada pasaran dunia. Sejak pelancaran konsol hibrid ini dari bulan Mac, Nintendo Switch merupakan konsol terlaris bagi bulan Mac, April, Julai dan Ogos manakala untuk bulan Mei dan Jun, PS4 memenangi jumlah penjualan tersebut.

Baca juga: Apakah Permainan Yang Paling Laris Untuk Tahun 2017, Setakat Ini

Mengikut data statistik daripada NPD, PS4 merupakan konsol jualan terbaik setakat ini untuk tahun 2017 di Amerika Syarikat, tetapi malangnya syarikat penganalis ini tidak mengeluarkan sebarang nombor jualan, maka kami tidak tahu berapa beza penjualan PS4 dan juga Nintendo Switch setakat ini di Amerika Syarikat.

Secara keseluruhan, penjualan konsol setakat ini pada tahun 2017 menurun sebanyak 6 peratus menjadikan ianya hanya berjumlah $168 mjuta (~RM704 juta). Selain itu, terdapat juga penurunan jualan Xbox One dan beberapa lagi konsol generasi lama pada bulan Ogos ini. Syarikat NPD bagaimanapun menyatakan bahawa penjualan Switch sedikit sebanyak telah membantu penjualan konsol di Amerika Syarikat.

Sehingga bulan Ogos ini, permintaan terhadap konsol telah meningkat sebanyak 17 peratus berbanding tahun 2016. Hal ini banyak dibantu oleh penjualan Switch dan juga NES Classic yang membantu perkembangan ini — syarikat NPD

Baca juga: Nintendo Mengumumkan Konsol SNES Classic Edition, Dilancarkan Pada 29 September Untuk RM350.00

Selain itu, NPD Group juga telah mengeluarkan senarai permainan terlaris di AS pada bulan Ogos 2017, permainan ragbi Amerika keluaran EA, Madden NFL 18 telah mengungguli carta tersebut. Anda boleh saksikan senarai penuh permainan video terlaris di bawah.

Senarai 10 Permainan Terlaris (Semua Platform)

  1. Madden NFL 18
  2. Grand Theft Auto V
  3. Uncharted: The Lost Legacy
  4. Splatoon 2
  5. Legend of Zelda: Breath of the Wild
  6. Rainbow Six Siege
  7. Mario Kart 8
  8. Call of Duty: Modern Warfare Remastered
  9. Crash Bandicoot N. Sane Trilogy
  10. Overwatch

Senarai 10 Permainan Xbox One Terlaris Ogos 2017

  1. Madden NFL 18
  2. Grand Theft Auto V
  3. Call of Duty: Modern Warfare Remastered
  4. Rainbow Six Siege
  5. Forza Horizon 3
  6. Overwatch*
  7. Injustice 2
  8. Minecraft
  9. Ghost Recon: Wildlands
  10. For Honor

Senarai 10 Permainan PS4 Terlaris Ogos 2017

  1. Madden NFL 18
  2. Uncharted: The Lost Legacy
  3. Grand Theft Auto V
  4. Crash Bandicoot N. Sane Trilogy
  5. Rainbow Six Siege
  6. MLB 17: The Show
  7. Overwatch*
  8. Call of Duty: Modern Warfare Remastered
  9. Injustice 2
  10. Ghost Recon: Wildlands

Senarai 10 Permainan Nintendo Switch Terlaris Ogos 2017

  1. Splatoon 2*
  2. Mario Kart 8*
  3. Legend of Zelda: Breath of the Wild*
  4. Arms*
  5. 1-2 Switch*
  6. Ultra Street Fighter II: The Final Challengers*
  7. Just Dance 2017*
  8. Lego City Undercover*
  9. Cars 3: Driven to Win*
  10. Minecraft: Story Mode*

Senarai 10 Permainan Terlaris Setakat Ini Pada 2017

  1. Ghost Recon: Wildlands
  2. Legend of Zelda: Breath of the Wild
  3. Grand Theft Auto V
  4. For Honor
  5. Horizon: Zero Dawn
  6. Injustice 2
  7. Mass Effect: Andromeda
  8. Madden NFL 18
  9. NBA 2K17
  10. Resident Evil 7

sumber: Gamespot

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia