Berita

Nintendo Switch : GoNNER Akan Berada Di Pasaran Pada 8 Jun Nanti

Diolah oleh Along Naz

Permainan berasaskan platform indie iaitu GoNNER akan berada di pasaran pada 8 Jun nanti.

Beberapa hari lagi, sebuah permainan daripada Switch akan menemui peminat berikutan pengumuman yang dibuat pihak Nintendo berkenaan dengan permainan indie Switch.

Kali ini, pihak pemaju permainan ini, Art In Heart telah mengumumkan mereka akan melancarkan produk 2D platformer mereka berjudul GoNNER melalui Switch pada 8 Jun nanti. Sekiranya anda berada di Eropah, anda boleh mendapatkannya lebih awal iaitu pada 1 Jun 2017.

Sebagai rekod, GoNNER telah dilancarkan pada tahun lalu melalui PC.

Sedikit ringkasan mengenai GoNNER, ia mengisahkan tentang sebuah persahabatan yang terjalin di antara IKK, Death dan juga Sally, seekor ikan paus. Dalam permainan ini anda akan mati, banyak kali. Permainan ini sememangnya direka sebegitu namun bukanlah bermakna ianya tidak adil untuk anda.

Di akhir permainan, anda pasti memahami apa itu GoNNER. Jadi pastikan anda tidak tewas dalam perjuangan anda.

Anda boleh menyaksikan video treler gameplay di bawah.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.

Anda mungkin meminat artikel yang juga berkaitan dengan ini seperti:

SUBTERRAIN – DARIPADA PENGELUAR PERMAINAN INDIE

20 Negara Yang Berbelanja Paling Banyak Untuk Permainan Video

Nintendo Switch : Bagaimana Hendak Memasang dan Membuka Tali Strap Joy-Con