Berita

Nintendo Switch Joy-Cons Berbentuk Pengawal Retro NES Ini Berharga RM 858.60

Diolah oleh hang92

ColorWare merupakan syarikat yang telah mengubahsuai pengawal Switch dan menjualnya di pasaran terbuka sejak April lagi, tetapi baru-baru ini kerja ubahsuai mereka telah meletakkan mereka di tahap luar biasa di mana mereka telah mengubahsuai pengawal Joy Cons kepada warna pengawal klasik NES dan pengawal ini telah pun dipatenkan sebagai pengawal rasmi NES untuk Joy Con.

Kesemua warna daripada pengawal klasik ini telah berjaya ditiru dengan sempurna, dengan dua tona warna, kelabu dan hitam, dan juga butang merah telah berjaya mereka lakukan. ColorWare nampaknya telah berjaya mencipta semula kenangan klasik kepada pemain Switch yang pernah bermain dengan konsol NES.

Image result for NES-Style Switch Joy-Cons

Malangnya, produk pengawal daripada ColorWare ini sangat mahal, pengawal NES Joy-Con ini bukanlah milik kita sebagai rakyat marhaen yang mengimpikan kesenangan. Dengan harga bermula daripada $200 (~ RM 858.60), harganya seolah-olah tidak masuk akal hanya untuk sepasang pengawal yang dimasukkan warna klasik yang baru.

Tetapi, jika anda berdegil juga untuk memiliki pengawal klasik NES ini tetapi tidak mahu berbelanja lebih, mungkin anda boleh dapatkan konsol asal NES di laman web ebay ini.

sumber: theverge

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.