Berita

Nintendo Switch : Masih Kurang Populariti Di Kalangan Golongan Yang Bukan Pemain Tegar Permainan Video

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Walaupun Nintendo Switch kerap menjadi tajuk utama dalam dunia permainan kerana penerimaan positif sehingga kekurangan bekalan akibat permintaan yang tinggi. Namun konsol ini masih tidak kedengaran di kalangan mereka yang bukan pemain tegar dalam dunia permainan video.

Menurut mereka yang bukan pemain tegar berumur 13 tahun dan ke atas, hanya 7 peratus pernah mendengar tentang Nintendo Switch sehingga tarikh akhir 31 Mac, menurut kajian yang dilakukan oleh sebuah firma penyelidikan pemasaran – Nielsen. Manakala pemain tegar permainan video sedia maklum mengenai konsol ini dan mengkuti segala berita dan ura-ura berkaitan Nintendo Switch.

Sebagai perbandingan, kumpulan yang sama (yang ditanya mengenai kajian Nintendo Switch ini) menunjukkan 52 peratus daripada mereka sedia maklum dengan PlayStation 4, dan 41 peratus daripada mereka pula sedia maklum dengan Xbox One. Kajian ini telah diadakan di atas talian, dan keputusan ini adalah berdasarkan lebih 2,000 jawapan yang diterima.

 

Sementara itu di kalangan mereka yang mengaku sebagai pemain tegar pula melaporkan bahawa 29 peratus daripada mereka sudah sedia maklum tentang Nintendo Switch, satu peratusan yang lebih tinggi daripada pengetahuan mereka tentang PlayStation 4 Pro dan Microsoft Xbox “Scorpio”.

Pengetahuan orang ramai tentang Nintendo Switch juga melonjak kepada 22 peratus menjelang suku akhir pertama 2017, berdasarkan apa yang dikatakan oleh pihak Neilson. Ia meningkat lebih 7 peratus sekurang-kurangnya, tetapi boleh dikatakan ianya bukanlah satu kejayaan dalam mata yang singkat seperti Wii.

Sumber : slashgear

Laporan Lengkap Kajian : nielsen

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.