Berita

Nintendo Switch Mungkin Akan Kekurangan Stok Sehingga Akhir Tahun Ini, Kata Penganalisis

Diolah oleh hang92

Syarikat Penganalis terkemuka, Niko Partners melalui wakilnya Daniel Ahmad telah menyatakan bahawa tahun ini merupakan tahun yang malang untuk sesetengah orang yang ingin memiliki Nintendo Switch.

Di dalam tweet beliau yang terbaru, Daniel menyatakan kekurangan stok ini sekurang-kurangnya akan berakhir pada hujung tahun 2017.

Dengan pengeluaran konsol ini dihadkan jumlahnya, tiada apa Nintendo boleh lakukan terhadap perkara — Nintendo tidak menyangka Switch akan menjadi hangat seperti ini

Jika anda juga terkesan kerana tidak dapat menjumpai Switch di mana-mana kedai runcit di Malaysia, maka anda juga sebenarnya telah mendapat impak pengurangan stok Switch di seluruh dunia.

Adakah anda sudah mempunyai Switch? Adakah ianya sukar didapati seperti kata penganalis di atas? Kongsikan pendapat dengan kami.

sumber: nintendoenthusiast

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia