Berita

Nintendo Switch: Pengawal Permainan Tempur Pokemon Sudah Boleh Di Pra-Tempah

Pokken-Tournament-DX-Pro-Pad
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Permainan tempur Pokemon di platform Wii U, Pokken Tournament akan tiba untuk Nintendo Switch pada bulan September ini, dan ia menyokong beberapa pilihan pengawal yang berlainan, termasuk Switch Pro Controller dan Joy-Con tunggal.

pokken-tournament-nintendo-switch

Boleh dikatakan cara terbaik untuk memainkan permainan ini, adalah dengan pengawal unik Pokken Tournament ini, yang kini sudah boleh dipra-tempah di Amazon.

Edisi terhad Pokken Tournament DX Pro Pad adalah pengawal rasmi USB berwayar yang akan dilancarkan bersama dengan permainan pada 22 September. Ia mempunyai kabel sepanjang 9.8 kaki. Anda boleh melihat reka bentuknya seperti gambar di bawah.

Pokken-Tournament-DX-Pro-Pad

Pengawal Pokken Tournament DX Pro Pad dijual dengan tanda harga USD25 (~RM107.00). Pengawal yang sama telah dikeluarkan untuk Wii U tahun lepas, dan pemain yang sudah membeli versi Wii U ini juga akan dapat menggunakannya di Pokken Tournament versi Nintendo Switch yang akan datang. Bagaimanapun, pengawal Pokken Tournament mungkin tidak berfungsi dengan baik untuk permainan lain.

Pokken Tournament adalah permainan pertempuran yang dibangunkan oleh Bandai Namco. Pada asalnya dikeluarkan untuk Wii U pada Mac 2016. Versi Nintendo Switch yang akan datang akan mempunyai kandungan tambahan, termasuk lima Pokemon baru yang boleh dimainkan: Empoleon, Darkrai, Crogunk dan Scizor, dan Decidueye, yang eksklusif untuk Nintendo Switch.

Sumber: GameSpot

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia