Berita

Nintendo Switch : Permainan Ultra Street Fighter II Akan Dilancarkan Pada 26 Mei 2017

Diolah oleh hang92

Syarikat permainan gergasi Jepun, Capcom telah membuat pengumuman, mereka mengesahkan bahawa mereka akan mula mengedarkan permaianan ini di semua Eropah dan Australia pada hari ini.

Ultra Street Fighter II : The Final Challengers pada Nintendo Switch menyediakan pelbagai pilihan kawalan baru, pelbagai mod permainan, dan juga pemain boleh bermain secara atas talian.

Para pemain akan dapat mengalami pengalaman Street Fighter dalam cara yang baru apabila konsol Nintendo Switch diletakkan dalam dok dan mereka hanya perlu mengeluarkan kedua-dua pengawal Joy-Con dari konsol maka 2 orang pemain boleh berlawan.

Jika mereka tidak mahu berlawan, mereka boleh bergabung dalam 1 pasukan dan menentang CPU dalam Buddy Battle

Oleh kerana konsol Nintendo Switch ini boleh dibawa kemana sahaja, maka ianya akan memberi kebolehan kepada pemain untuk menguji kekuatan mereka di tempat kerja, di dalam bilik stor, dan mana-mana lokasi lain untuk bertempur dengan mana-mana pemain lain.

17 watak klasik telah kembali untuk bersaing dalam kejohanan World Warrior edisi kedua, tetapi terdapat juga beberapa tambahan.

Violent Ken dan Evil Ryu akan turut menyertai pertandingan ini.

Violent Ken, yang telah dibomoh oleh M. Bison, dan Evil Ryu, terjadi akibat tidak menjaga pantang selepas bersusuk, adalah sesuai untuk pemain yang suka menggunakan gaya permainan yang agresif.

Nintendo juga telah mengesahkan bahawa permainan ini turut menyokong pengawal Switch Pro.

sumber : express.co.uk

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.