Berita

Nintendo Switch : Tarikh Pengeluaran 7 Permainan Akan Datang Telah Diumumkan.

nintendo-switch
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Semasa pembentangan Nintendo Direct, Nintendo telah mengumumkan tarikh keluaran beberapa permainan akan datang untuk Nintendo Switch.

Berikut adalah permainan yang akan hadir ke Nintendo Switch.

Arms

Arms dijadualkan akan berada dia pasaran pada 16 Jun, dan ini adalah salah satu permainan yang dipromosikan Nintendo Switch.

Bagi yang belum tahu, Arms adalah satu permainan pertempuran yang menggunakan campuran gerakan dan kawalan butang, memaparkan watak-watak dengan pelbagai senjata yang boleh dinaik taraf untuk mengalahkan lawan.

Nintendo juga memperkenalkan watak baru bernama Min Min dan two-on-two mode.

Splatoon 2

Splatoon 2 akan berada di pasaran pada tarikh 21 Julai, dan lebih daripada permainan ini sendiri. Nintendo akan melancarkan versi baru Inkling Boy, Inkling Girl, dan Squid Amiibo pada hari yang sama pengeluaran.

Keseronokan tidak berakhir di situ. Nintendo akan menawarkan pemain dengan ciri permainan co-op yang digelar Salmon Run. Pemain akan diletak di dalam kumpulan seramai empat orang dan ditugaskan untuk mengalahkan musuh yang tidak putus-putus.

Disgaea 5 Complete

Disgaea 5 Complete akan berada di pasaran pada 23 Mei, dan selain daripada permainan kempen, ia juga akan menawarkan lapan senario bonus, dan juga empat watak kegemaran peminat dan tiga kelas watak.

Mario Kart 8 Deluxe

Permainan ini pasti ramai yang sudah bahawa ia akan dikeluarkan pada 28 April, apa yang lebih menarik adalah Nintendo akan menganjurkan kejohanan apabila permainan ini dilancarkan.

Permainan ini adalah permainan eksklusif Nintendo Switch, dan ura-ura mengatakan ia bercirikan 1080p pada 60 fps apabila konsol di letak di docked dan dalam 720p pada 60 fps apabila tidak berada di docked.

Minecraft: Nintendo Switch Edition

Minecraft: Nintendo Switch Edition disahkan akan dilancarkan pada 11 Mei, tetapi tarikh pengeluaran tersebut adalah untuk versi digital sahaja. Katrij fizikal dijangka akan keluar tidak lama kemudian.

Permainan ini juga akan digabungkan dengan Super Mario Mash-Up Pack dan menyokong sehingga empat pemain setempat atau lapan pemain dalam talian.

Puyo Puyo Tetris

Puyo Puyo Tetris adalah permainan yang menarik untuk Nintendo Switch, akan berada di pasaran pada 25 April. Pemain kini sudah boleh memuat turun demo permainan di eShop.

Ultra Street Fighter II: The Final Challengers

Ultra Street Fighter II: The Final Challengers akan dilancarkan pada 26 Mei, dan salah satu ciri yang paling menarik adalah dengan “Way of the Hado” yang merupakan mod yang membolehkan pemain menembak hadokens dalam pandangan orang pertama.

Adakah anda teruja dengan permainan-permainan yang akan datang ini? Permainan apakah yang akan menjadi pilihan anda? Sila kongsikan dengan kami di bahagian komen.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.