Berita

Nintendo Switch Telah Mengalahkan Jualan PS4 Dan PS3 Di Jepun

Diolah oleh Konsol

Nampaknya jualan konsol hibrid terkenal iaitu Nintendo Switch semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Mengikut laporan terbaru oleh penerbitan Jepun Famitsu (diterjemahkan oleh NeoGAF), jualan Nitendo Switch telah melepasi angka 1 juta unit bagi pasaran Jepun sahaja.

Dengan laporan terbaru ini, nampaknya jualan Nintendo Switch yang baru sahaja berusia 17 minggu ini telah pun mengalahkan jualan Nitendo Wii U.

Untuk pengetahuan semua, Nintendo Wii U mengambil masa selama 34 minggu untuk mencapai angka jualan sebanyak 1 juta unit ini apabila mula diperkenalkan pada umum.

Selain daripada itu, jualan Nintendo Switch ini juga telah mengalahkan konsol-konsol lain dari segi capaian jualan angka 1 juta.

Sebagai perbandingan, Playstation 3 mengambil masa selama 36 minggu untuk terjual sebanyak 1 juta unit.

Playstation 4 pula mengambil masa yang lebih lama untuk mencapai angka jualan yang sama, iaitu kira-kira 49 minggu.

Rumusan

Jadi nampaknya, strategi dan model perniagaan pihak Nitendo telah membuahkan hasil.

Dimana konsol hibrid Nitendo Switch ini saban hari semakin mendapat tempat di hati setiap peminat permainan video.

Jualan yang meningkat hari demi hari membuktikan bahawa, grafik bukanlah segala-galanya di dalam permainan video.

Betul tau tidak? Kongsikan pandangan anda bersama kami ūüôā

Sumber: GamingBolt

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.