Berita

Nintendo Switch : Telah Terjual Sebanyak 2.4 Juta Dalam Masa Sebulan Pelancaran

Diolah oleh hang92

Selepas Nintendo mengumumkan bulan pertama untuk jualan Switch di Amerika mencecah 906,000 unit. Kumpulan penyelidikan bebas SuperData hari ini mengeluarkan satu laporan yang menyebut tentang kejayaan konsol ini di peringkat global.

Menurut SuperData, konsol hibrid ini dijual sebanyak 2.4 juta unit di seluruh dunia pada bulan pertama.

Data ini berasal dari teknik pemodelan oleh SuperData sendiri, bukan dari Nintendo, jadi ianya mungkin adalah angka tidak rasmi.

Nintendo menyatakan telah menghantar 2 juta unit tambahan kepada peruncit di seluruh dunia untuk bulan Mac, bermakna ramalan SuperData adalah di bawah sedikit daripada unit yang telah dihantar oleh Nintendo.

Image result for nintendo switch

Selepas Nintendo mengeluarkan kenyataan tersebut, SuperData berkata hari ini bahawa mereka meramalkan jumlah jualan Switch bagi tahun 2017, akan terjual sebanyak  7.2 juta unit.

Tambahnya SuperData lagi, barisan tajuk permainan yang akan datang untuk Switch adalah sebab kukuh untuk jualan meningkat. Dengan permainan baru seperti Mario Kart 8 Deluxe dan Splatoon 2 dijangka lebih baik jualannya.

Dalam berita lain, Nintendo juga mengumumkan bahawa The Legend of Zelda : Breath of the Wild telah melepasi 1 juta salinan telah terjual.

sumber : gamespot

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.