Berita

Nintendo Switch: Terjual Hampir 100,000 Unit Dalam Masa Seminggu Pada Minggu Lepas Di Jepun

Diolah oleh Along Naz

Di Jepun, Nintendo telah meningkatkan jumlah pengeluaran produk konsol mereka, Switch, selari dengan pelancaran permainan terbaru Nintendo berjudul Splatoon 2. Menurut sumber Nintendo, Switch telah pun terjual hampir 100,000 unit pada minggu lepas.

Secara tepat, angka 98, 999 unit Switch telah terjual dan beberapa gambar telahpun dirakamkan untuk menunjukkan orang ramai beratur panjang untuk mendapatkan konsol Switch ini di Jepun. Angka tersebut secara rasminya merupakan rekod gemilang untuk permainan konsol ini.

Manakala Playstation 4 pula mencatatkan penjualan kedua tertinggi di kalangan permainan konsol ini dengan mencatatkan penjualan sebanyak 23, 841 unit di seluruh Jepun.

Pada hemat kami, keputusan Nintendo untuk meningkatkan pengeluaran jumlah Switch bersama- sama pelancaran permainan baru berjudul Splatoon 2 pada minggu lepas adalah satu tindakan tepat dan bijak. Ini berikutan Switch telah menjadi fenomena dengan rekod penjualan 670,000 unit hanya dalam masa 3 hari.

Melalui artikel ini juga, kami menyenaraikan beberapa platform konsol yang telah terjual hanya di Jepun setakat minggu lepas (22 – 29 Julai 2017).

Bil. Konsol Jualan unit
1 Nintendo Switch 98, 999
2 Playstation 4 23, 841
3 New 2DS LL 17, 717
4 New 3DS LL 13, 108
5 Playstation 4 Pro 7, 037
6 Playstation Vita 4, 545
7 2DS 2, 300
8 New 3DS 1, 020
9 Wii U 176
10 Playstation 3 142
11 Xbox One 77

Sumber:  nintendotoday.com

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.