Berita

Nintendo Switch Tidak Menyokong Carian Kawan Terdekat Untuk FIFA 18

Diolah oleh hang92

FIFA 18 baru sahaja dilancarkan beberapa hari lepas, dan kesemua peminat FIFA di seluruh dunia telah bertindak secepat yang mungkin untuk membeli permainan terbaharu keluaran EA ini. Namun di sebalik keterujaan dengan permainan ini, ada berita tidak berapa baik untuk pemilik Nintendo Switch.

FIFA 18 pada platform Nintendo Switch nampaknya tidak menyokong pengatucaraan untuk sesi bermain dengan rakan lain, iaitu matchmaking. Walaupun pemain boleh bermain FIFA 18 secara atas talian dengan mana-mana pemain rawak lain, namun malangnya untuk mencari rakan khusus yang spesifik bukanlah pilihan yang ditawarkan.

EA Sports telah pun mengesahkan bahawa FIFA 18 versi Nintendo Switch akan kehilangan banyak ciri penting, seperti kehilangan cerita di dalam permainan The Journey dan juga keupayaan enjin grafik Frostbite. Walaupun permainan seperti Splatoon dan Mario Kart 8 Deluxe membenarkan pemain untuk mencari rakan spesifik atas talian, tetapi mengapa bukan FIFA 18?

Pemilik Switch sangat berharap bahawa permainan FIFA 18 ini dapat dimainkan bersama rakan sebelah, seperti contoh anda boleh bermain bolasepak FIFA 18 bersama-sama apabila lepak di kedai mamak, duduk di dalam bilik stor di pejabat bersama-sama, ataupun semasa anda balik kampung dan bermain bersama dengan sepupu sepapat.

Kehilangan ciri penting ini kami tujukan kesalahan kepada pihak EA Sports kerana mengabaikan keperluan pemilik Nintendo Switch. Sedikit sebanyak, jualan konsol hibrid ini juga bergantung kepada permainan FIFA 18 kerana ada golongan yang semata-mata membeli konsol hibrid ini untuk bermain FIFA18 di luar rumah.

sumber: EuroGamer

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

Grafik FIFA 18 Di Nintendo Switch Tidak Mengecewakan Apabila Dibandingkan Dengan Xbox One

FIFA18: Bagaimana Mutu Grafik Permainan Ini Pada Nintendo Switch?

FIFA 18: Apakah Perbezaan Yang Dibawa Oleh Ketiga Edisi Berbeza Ini?

Sony Telah Mengumumkan Harga Berkas PlayStation 4 FIFA 18 Untuk Pasaran Malaysia

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia