Tips

Nintendo Telah Mengeluarkan Video Tutorial Bagaimana Untuk Mengawal Di Dalam Permainan ARMS

Diolah oleh hang92

Nintendo telah mengeluarkan suatu video yang bertajuk “Movement 101” khas untuk permainan ARMS dan cara untuk bermain dengan permainan tersebut. Video ini dikeluarkan sempena pertandingan ARMS Global Testpunch yang baru sahaja berlangsung di Amerika Syarikat pada minggu lepas.

Treler ini menunjukkan bagaimana kawalan unik terhadap permainan ini mempengaruhi pergerakan pada watak yang sedang kita main. Beberapa perkara asas telah diajarkan di video tutorial ini seperti memecut dan melompat. Video ini juga mengajar bagaimana hendak menangkap dan menyerang mangsa.

ARMS telah pun dilancarkan untuk Nintendo Switch pada 16 Jun 2017

Sumber: Nintendo

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.