Berita

Nintendo Telah Menghentikan Pengeluaran Famicon Mini Di Jepun

Diolah oleh hang92

Walaupun terdapat permintaan yang besar untuk produk ini di seluruh dunia, Nintendo telah mengumumkan satu kontroversi pada minggu lepas bahawa mereka akan menghentikan pengeluaran NES Classic Edition.

Kemudian pada hari ini, Nintendo menyampaikan satu lagi berita buruk dengan mengumumkan bahawa Famicom Mini, versi Jepun untuk NES Classic Edition juga telah dihentikan.

Sama seperti NES Classic Edition, terdapat juga banyak permintaan untuk Famicom Mini, namun Nintendo berkata mereka telah menghasilkan unit yang mencukupi untuk pengguna.

Image result for famicom mini

Bagi kami, mengapa Nintendo tidak menggunakan peluang sepenuhnya kerana waktu sekarang ini merupakan kemuncak populariti mereka dan masih lagi terdapat permintaan untuk kedua-dua NES Edition Classic dan Famicom Mini.

Kami tidak berapa pasti mengapa Nintendo telah memutuskan untuk tidak meneruskan NES Classic Edition dan Famicom Mini, tetapi terdapat beberapa teori di internet yang mungkin menawarkan penjelasan.

Satu teori yang paling menarik ialah Nintendo akan menamatkan NES Classic Edition dan Famicom Mini pada waktu sekarang hanya untuk membina populariti, kemudian mereka akan membawa semula konsol ini pada musim cuti tahun 2017.

Image result for famicom mini

Teori lain ada yang mengatakan Nintendo tidak mempunyai sumber yang mencukupi kepada NES Classic Edition dan Famicom Mini pada masa ini.

Lagipun, Nintendo baru-baru ini telah meningkatkan pengeluaran sebanyak dua kali ganda pada Nintendo Switch. Switch adalah kayu ukur yang lebih penting kepada kejayaan berterusan pada syarikat itu.

sumber : gamerant

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.