Berita

NiOh : DLC Pertama Dragon of the North Telah Diumumkan

Diolah oleh hang92

Mingguan Famitsu di Jepun pada minggu ini telah bercerita tentang DLC pertama untuk permainan NiOh, bertajuk “Dragon of the North” atau “The Dragon of Tohoku” di Jepun.

Tajuk DLC ini sebenarnya merujuk kepada Date Masamune. Seperti biasa, dia kelihatan sangat bergaya.

Kita juga akan dapat melihat dua watak lain yang akan diperkenalkan seperti Date Shigezane, iaitu sepupu kepada Masamune, dan juga Katakura Shigenaga.

Tiga peringkat permainan baru juga telah diperkenalkan iaitu Aobajou, Chusonji dan Tohno dimana lokasi ini terletak di kawasan utara Jepun bernama Iwate Prefecture.

Sudah tentu, DLC NiOh tidak akan lengkap tanpa pengenalan makhluk baru untuk dibunuh. Selain itu pedang baru seperti Odachi juga boleh dimuat turun iaitu versi yang lebih hebat daripada pedang Katana.

Untuk permainan atas talian pula, versi PvP diperkenalkan iaitu mod 1 lawan 1 dan 2 lawan 2.

NiOh kini boleh didapatkan secara eksklusif untuk PS4. DLC The Dragon of the North akan dikeluarkan pada 2 Mei.

sumber : dualshockers

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.