Berita

Nioh: DLC Terbaru Defiant Honour Menampilkan Sanada Yukimura Sebagai Musuh Paling Hebat

Diolah oleh hang92

DLC terbaru untuk permainan Nioh, Defiant Honour, telah dilancarkan pada minggu ini dan akan membawa anda kepada cabaran yang paling hebat yang pernah anda alami iaitu berlawan dengan Sanada Yukimura.

Mengikut pandangan daripada blog permainan terkenal iaitu PlayStation Blog, Team Ninja telah menyebut bahawa Sanada adalah “samurai terhebat yang terakhir sekali” dan mereka tidak boleh memikir watak lain seperti Sanada dalam sejarah Nioh.

DLC ini bukan berkisarkan tentang pertempuran sahaja, sudah tentu anda akan mengembara semasa musim sejuk semasa di dalam kempen Siege of Osaka. Semasa mengembara, anda akan terserempak dengan guru ninja Sarutobi Sasuke, iaitu pengiring rapat kepada Sanada.

DLC ini juga akan menambah senjata baru iaitu tonfa, dan juga dua watak penjaga baru iaitu Enku dan Nurarihyon. Saksikan treler di bawah untuk memahami DLC baru tersebut.

Defiant Honour merupakan DLC kedua daripada tiga DLC yang dirancang untuk permainan  Nioh. DLC seterusnya, Bloodshed’s End, akan dikeluarkan pada tahun hadapan di mana pemain akan menyaksikan keruntuhan Siege of Osaka dan juga era pemerintahan Sengoku.

sumber: PlayStation Blog

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.