Ulasan

No Man’s Sky: Kemas Kini Pathfinder Tidak Mengecewakan

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Walaupun maklum balas negatif yang berterusan untuk permainan video No Man Sky. Hello Games, pengeluar permainan video ini telah mengeluarkan kemas kini yang bersaiz agak besar.

Harapan mereka adalah untuk memulihkan kepercayaan pemain kepada mereka. Pada minggu lepas mereka telah mengumumkan tentang pengemas kini “Pathfinder“.

Baca di sini : NO MAN’S SKY – ANTARA ANUGERAH TERBURUK OLEH PENGGUNA STEAM


Dalam kemas kini ini terdapat pelbagai kenderaan darat, atau di panggil Exocraft. Kenderaan ini akan membantu anda untuk mengeksplorasi planet-planet dengan lebih mudah. Selain itu, terdapat kenderaan hoverkraf yang pantas dan pengangkut kargo yang lebih besar.

Selain daripada kenderaan, kemas kini ini juga menambah baik PS4 Pro dengan 4K rendering, peningkatan grafik daripada “delta color compression” ke “automatic depth buffer decompression“, tekstur yang lebih beresolusi tinggi, mod HDR, dan kesan pencahayaan yang lebih baik juga telah ditambah.

Anda juga akan mendapat mod foto khusus yang akan membolehkan anda memanipulasi waktu, pergerakan awan, dan banyak lagi.

Anda juga boleh memiliki beberapa kapal angkasa yang boleh disimpan di dalam “Freighter” anda sendiri dan mempunyai kapal yang dikhususkan untuk tujuan-tujuan tertentu. Seperti kapal pejuang dan kapal pengangkutan yang lebih besar.

Hello Games ingin mencuba sesuatu, yang membolehkan anda untuk berkongsi pangkalan anda sendiri. Perkongsian ini membolehkan anda berpeluang untuk mengambil bahagian dalam “time-trial races“, yang mana akan menambahkan unsur sosial dalam permainan.

Akhir sekali, permainan ini sekarang mempunyai mod “Permadeath – mod sukar paling tinggi”, bagi anda yang inginkan cabaran. Ini membolehkan anda untuk menghadapi cabaran hidup muktamad dengan kehidupan yang tunggal. Setelah anda mati, permainan akan berakhir dan anda perlu bermula sekali lagi dari awal.

Jika anda pernah bermain permainan ini dan ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.