Berita

One Piece: Unlimited World Red Kini Boleh Didapati Pada Nintendo Switch

Diolah oleh hang92

Permainan ini pada asalnya dilancarkan untuk Nintendo 3DS pada tahun 2013 sebelum ianya dilancarkan pada PS3 dan Wii U. Kini, One Piece: Unlimited World Red telah dilancarkan untuk platform konsol hibrid keluaran Nintendo Switch pula.

Jika anda merupakan peminat manga terkenal Jepun ini, anda boleh mendapatkannya di Nintendo Store dengan harga £54.99 (~RM304.00) Gulp! Atau jika anda tidak mempunyai bajet yang besar untuk membeli permainan ini, anda terpaksa tunggu untuk harga permainan ini jatuh pada masa hadapan.

One Piece: Unlimited World Red telah dibangunkan oleh studio yang bertapak di Fukuoka, Jepun iaitu studio Ganbarion, dan permainan ini telah diterbitkan oleh Bandai Namco Entertainment.

Permainan ini menggabungkan aksi dan pengembaraan berdasarkan elemen RPG dan beberapan perlawanan bos. Permainan ini boleh dinikmati oleh semua golongan tidak kira jika anda mengikuti atau tidak mengikuti cerita yang berasal daripada manga ini.

Walaupun permainan ini didatangkan dengan harga yang agak keras, anda mungkin mahu melihat sedutan video cara permainan di bawah ini sebelum menentukan adakah permainan ini layak dibeli atau sebaliknya.

Untuk pengetahuan anda, One Piece merupakan karya manga yang paling laris terjual di dunia dengan angka jualan yang menakjubkan iaitu sebanyak 416 juta unit manga telah terjual setakat ini.

sumber: culturedvultures

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.