Android & iOS Berita Pilihan Kami

OnePlus 5 – Telefon Pintar Untuk Permainan Terbaik 2017

Diolah oleh hang92

Anda mempunyai banyak pilihan sekiranya anda bercadang untuk membeli telefon pintar selepas ini. Bermula daripada Apple, Samsung, Xiomi, Oppo, LG, dan banyak lagi bergantung kepada isi dompet anda. Namun begitu, setiap telefon pintar ini mempunyai kelebihan masing-masing untuk tujuan yang berlainan. Tapi sekiranya minat anda lebih cenderung kepada dunia permainan, telefon pintar manakah yang akan memberi pengalaman terhebat sekiranya anda adalah kaki Mobile Legends, UFC dan sebagainya?

Kenapa OnePlus 5 Adalah Telefon Pintar Terbaik Untuk Pemainan

OnePlus 5 adalah telefon pintar yang sepatutnya dicari oleh peminat permainan tegar untuk platform telefon pintar. OnePlus 5 didatangkan dengan resolusi panel skrin 5.5-inci 1080p AMOLED, anda tidak perlu risau tentang kehilangan tenaga yang banyak kerana bateri yang dibekalkan adalah sebesar 3,330 mAh. Tambahan lagi, skrin ini jika anda perhatikan sangat terang, terperinci serta cantik.

OnePlus 5 juga dibekalkan dengan pemproses Snapdragon 835 SoC, yang mempunyai CPU okta-teras 2.45 GHz, dan dikuasakan dengan GPU Adreno 540.

Kedua pemproses ini apabila telah digabung dengan RAM sebanyak 8 GB akan mencipta suatu pengalaman terbaik untuk pengguna. Seolah anda mainlah apa sahaja permainan pada telefon pintar ini seperti Modern Combat 5 atau Asphalt — maka dengan mudah telefon pintar ini membawa permainan ini tanpa sebarang masalah.

Memori dalam sebesar 128 GB juga bermakna anda tidak perlu risaukan tentang jumlah permainan yang anda ingin di dalam telefon pintar anda. Itu belum lagi kita bahaskan tentang kapasiti bateri 3,300 mAh yang bermakna anda tidak perlu risaukan telefon pintar anda mati kekurangan tenaga bateri setiap kali anda bermain dengan permainan.

Pihak OnePlus sendiri tahu bahawa telefon pintar buatan mereka ini adalah terbaik untuk permainan, dengan itu mereka juga menambah tetapan khas untuk menolak notifikasi sewaktu anda sedang bermain dengan telefon pintar anda. Tetapan ini direka untuk mengelakkan anda kembali pada laman utama telefon pintar anda dengan secara tidak sengaja.

Syarikat OnePlus juga tidak mengubah apa-apa OS di dalam OnePlus 5, mereka membiarkan telefon pintar ini menggunakan stock Android. Maka tiada lagi isu timbulnya bloatware atau OEM untuk mengganggu pengalaman bermain anda.

Dalam semakan kami, rata-rata penjual di kedai digital Malaysia menjual telefon pintar OnePlus 5 dengan harga RM 2,500

Direct D – RM 2,588

Lazada – RM 2,385

Satu Gadget – RM 2,688

Anda boleh saksikan video promosi OnePlus 5 seperti di bawah

Kesimpulannya, telefon pintar OnePlus 5 pasti akan mempunya kritik tertentu mengenainya, namun apabila timbul soal kualiti di dalam permainan, telefon pintar ini boleh mengatasi segalanya.

Sekiranya anda mencari telefon pintar untuk keperluan permainan anda, usah berlengah lagi untuk mendapatkan OnePlus 5.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.