Berita

Outlast 2 : Boleh Didapati Secara Digital Pada 25 April 2017

Diolah oleh hang92

Harganya tidak pula dinyatakan berapa.

Sekuel permainan seram dari Red Barrels yang ditunggu-tunggu telah pun tiba, permainan ini akan tiba hari Selasa 25 April untuk PS4, Xbox One dan PC.

Sebelum pelancaran permainan ini, treler pelancaran yang serba baru telah dikeluarkan di Youtube. Sememangnya video pendek ini sangat menyeram dan menakutkan.

Untuk pengetahuan anda, pembikinan Outlast 2 pertama kali diumumkan tidak lama selepas pelancaran permainan asal popular konsol pada tahun 2014 iaitu Outlast.

Baca juga : Outlast 2 : Kenapa Permainan Ini Diharam Masuk Ke Australia

Outlast 2 mengisahkan tentang kisah wartawan penyiasat, Blake Langermann dan isterinya Lynn, yang terlibat di dalam kemalangan di padang pasir Arizonian ketika mereka sedang menyiasat kematian misteri seorang wanita.

Semasa mencari Lynn, Blake mendapati dirinya berhadapan dengan satu kumpulan agama yang terpisah daripada masyarakat. Mereka ini tidak mempunyai masalah untuk membunuh sekiranya ada penceroboh datang di kampung mereka.

Treler permainan ini menunjukkan banyak das tembakan dilepaskan, pancuran air dengan darah, jasad digantung di pokok, seorang wanita di sedang diseksa dan juga menunjukkan cara permainan, termasuk watak akan banyak berlari, melompat dan bersembunyi.

Baca juga : Outlast 2 : Pembangun Red Barels Studio Turut Akan Menjual Lampin Dewasa

Untuk rekod anda, Outlast 1 dijual lebih dari 4 juta salinan sehingga bulan Oktober 2016, sesuatu yang besar untuk permainan kecil sepertinya.

Dan pasti kesudahan yang baik juga kita harapkan untuk Outlast 2 di mana bajet yang lebih besar telah dikeluarkan dan harapan agar permainan ini dapat mengalahkan rekod terdahulu.

sumber : ibtimes

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.