Berita

Outlast 2 – Kenapa Permainan Ini Diharam Masuk Ke Australia

Diolah oleh hang92

Bulan Mac merupakan bulan yang menarik untuk pemaju permainan Red Barrels.

Permainan seram Outlast 2 yang akan datang telah diharamkan di Australia selepas ditolak oleh Lembaga Klasifikasi Australia, tetapi kemudian keputusan itu ditarik semula selepas kajian kedua dilakukan.

Red Barrels menjelaskan apa yang terjadi, menyalahkan fail video dengan rakaman yang dihantar untuk kali pertama ke Australia

Baca di sini untuk mengetahui gimik Red Barrels dengan menjual lampin dewasa untuk permainan Outlast 2

“Penyerahan video pertama tidak sepatutnya dihantar ke Lembaga Klasifikasi Australia kerana ianya terkandung kod permainan akhir dan video untuk rujukan diambil dari versi pertama permainan,” kata Red Barrels.

Lembaga Klasifikasi Australia berkata dalam laporan awal menyatakan larangan adalah mengenai kebimbangan tentang aktiviti seksual dalam Outlast 2. Lembaga ini melihat adegan seksual yang dimainkan oleh watak utama permainan, Blake, telah terlibat dalam beberapa jenis keganasan seksual.

“Kami telah menghantar video kedua untuk semakan, cuma kali ini, kod permainan yang sama telah digunakan dengan video yang menggambarkan kandungan perlawanan akhir yang lain,” kata Red Barrel

Permainan ini kemudiannya diluluskan untuk siaran dengan penarafan R18+

Red Barrels juga menjelaskan bahawa Outlast 2 akan mempunyai tarikh pelancaran yang sama di seluruh dunia, dengan tiada apa-apa adegan yang akan dipotong atau ditapis di mana-mana negara.

Itu berita baik untuk peminat Malaysia, kerana Outlast 2 adalah salah satu permainan seram yang dinantikan untuk tahun ini. Erhmmm

Perkara ini telah jelas bahawa berita-berita seperti inilah yang akan meningkatkan jualan serta profil permainan ke pada tahap yang lebih tinggi.

Outlast 2 akan dilancarkan pada 25 April 2017, untuk PC, PlayStation 4 dan Xbox One.

sumber : ign

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.