Ura-ura

Outlast 2 – Pembangun Red Barels Studio Turut Akan Menjual Lampin Dewasa

Diolah oleh hang92

Red Barels Studio iaitu pembangun kepada Outlast 2 telah mengumumkan mereka akan menjual lampin dewasa berjenama Underscares kepada pemain Outlast 2 di laman web Kickstarter, jenama lampin dewasa ini yang akan dijual sebagai bonus tempahan awal untuk permainan seram Outlast 2.

Outlast 2 ialah permainan bergenre pengembaraan seram. Pastinya pembangun ini tidak menolak kemungkinan bahawa setiap pemain permainan mereka perlukan lampin dewasa sebagai satu sarkastik.

Dengan memakai lampin dewasa ini, itu, apabila pemain cukup takut dengan jalan cerita permainan Outlast 2, mereka tidak akan perlu berlari ke bilik air untuk terkucil kerana ketakutan.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan lampin dewasa Underscares boleh membeli di laman web Kickstarter pada harga ~RM243.40. Ianya mungkin agak mahal, tetapi perlu diingat bahawa lampin dewasa ini merupakan koleksi terhad dan tidak dijual di lain tempat.

sumber : kickstarter

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.