Tips

Outlast 2 : Sejauh Mana Tahap Keseraman Permainan Ini

Diolah oleh hang92

Akhirnya Outlast 2 sudah dilancarkan pada semua platform permainan utama.

Baca juga : Outlast 2 : Boleh Didapati Secara Digital Pada 25 April 2017

Walaupun permainan bergenrekan seram ini tidak begitu gah sehebat permainan penembak atau bergenrekan sukan, namun permainan ini mempunyai peminat yang tersendiri.

Pembikin permainan, Red Barrels telah mewujudkan detik-detik penuh menyeramkan dan menakutkan pada permainan ini sehingga anda secara tidak sedar terkucil sedikit.

Malah, syarikat ini juga telah mengumumkan satu jenama khas lampin dewasa untuk pemain Outlast 2

Baca juga : Outlast 2 Pembangun Red Barels Studio Turut Akan Menjual Lampin Dewasa

Jadi bagi anda yang teringin melihat orang lain ditakutkan dalam permainan Outlast 2, kami telah mengumpul beberapa video spontan terbaik terutama ketika ada makhluk menakutkan di dalam Twitch.

Seperti yang dijangka, permainan ini telah menjadi popular di saluran Twitch, dan kita boleh menonton pemain menjerit ketakutan dan ini bagi kami adalah sedikit sebanyak hiburan yang melucukan.

Cerita dalam permainan ini bagi kami adalah tidak berapa jelas dan sukar difahami. Mungkin kerana kami masih belum memulakan rentak untuk bermain permainan ini.

Ok jika isu kefahaman permainan diketepikan, Outlast 2 mempunyai unsur utama yang kebanyakan pemain cari, iaitu unsur seram. Unsur mengejutkan adalah apa yang membuat permainan seram ini begitu menarik, bukan hanya untuk pemain tetapi untuk penonton juga.

Baca juga : Permainan Yang Seronok Apabila Melihat Orang Lain Bermain

Outlast 2 boleh didapati sekarang untuk PC, PS4 dan Xbox One.

Jika ada pemain daripada Malaysia yang ingin berkongsi akaun Twitch dengan kami, serta mahu video anda dipaparkan pada artikel. Sila hubungi kami di hubungi@konsol.my

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.