Berita

Overwatch: Bermain di Peta Baru Horizon Lunar Colony Moon

Diolah oleh hang92

Pihak pembangun Overwatch telah mengumumkan sebuah peta Assault baru. Peta ini direka sempena rumah asal Winston, iaitu Horizon Lunar Colony.

Anda harus ingat, memandangkan tempat ini merupakan bekas tapak penyelidikan untuk monyet yang diubah secara genetik – maka anda akan banyak menemui makmal terbiar, dinding panjat dan akan ada tayar yang bergantungan dari siling.

Peta Horizon Lunar Colony telah dikeluarkan untuk PC, PS4 and Xbox One sebagai satu tempelan, patch yang baru.

Adakah anda menyukai peta baru ini? Kongsikan pendapat anda bersama kami

sumber: eurogamer

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.