Android & iOS

Pac-Man: Dapatkan Peringkat Hello Kitty Yang Comel Ini Sehingga 19 Ogos Di Android & iOS Anda

Diolah oleh hang92

Kami pasti bahawa ramai yang sudah memuat turun permainan percuma Pac-Man di telefon mudah alih anda. Namun tahukah anda kemaskini terbaru permainan ini telah dimasukkan dengan sebuah watak comel kegemaran orang ramai iaitu Hello Kitty oleh Bandai Namco.

Peringkat baru ini yang dinamakan sebagai Hello Kitty ♥ Pac-Man, boleh diubahsuai termasuk hantu Hello Kitty dan terdapat pelbagai tema di beberapa peringkat.

Walaubagaimanpun, harus diingat bahawa kemaskini tidak bersifat kekal, peringkat Hello Kitty ini hanya boleh didapati sehingga 19 Ogos sahaja, jadikan dapatkan segera di aplikasi kedai digital anda.

Anda boleh saksikan video daripada Bandai Namco sempena pengumuman Hello Kitty ♥ Pac-Man ini.

Untuk pengguna Android, anda boleh muat turun di sini Google Play

Untuk pengguna Apple, anda boleh muat turun di sini App Store.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia