Berita

PAC-MAN VS. Boleh Dimainkan Sehingga 4 Pemain Hanya Di Nintendo Switch

Diolah oleh hang92

Bandai Namco telah memasukkan permainan PAC-MAN VS. dan banyak lagi permainan klasik lain ke dalam siri Namco Museum yang boleh dimainkan pada platform konsol hibrid iaitu Nintendo Switch.

Permainan klasik PAC_MAN ini boleh dimainkan seramai 4 orang secara serentak dan pada asalnya dikeluarkan pada konsol GameCube. Untuk pengetahuan anda, siri Namco Museum mempunyai tajuk permainan lain seperti PAC-MAN, Galaga, SkyKid, SplatterHouse dan banyak lagi.

Saksikan treler pengumuman daripada Bandai Namco di bawah;

Namco Museum dan PAC-MAN VS. akan dilancarkan pada Nintendo Switch pada 28 Julai ini.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.