Berita

Past Cure: Inspirasi Daripada Filem Inception

past-cure
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Treler permainan terbaru akan datang daripada Jerman Phantom 8 Studio, Past Cure, telah dipertontonkan yang memperlihatkan jalan penceritaan dalam permainan.

Past Cure adalah permainan yang diilhamkan dari filem Christopher Nolan iaitu Inception. Secara peribadi mengingatkan kami akan permainan Heavy Rain. Permainan ini mengikuti kisah seorang askar elit, Ian, yang memburu orang-orang yang mengkhianati dan mengubahnya.

past-cure-gameplay

Mereka menawan dan mengurungnya selama bertahun-tahun di sebuah penjara gelap yang terletak di suatu tempat di Eropah, di mana Ian menjadi bahan uji kaji rahsia terhadap manusia.

Eksperimen ini menyebabkan dia berubah, dan dilengkapi dengan kemahiran yang kuat seperti telekinesis (menggerakkan sesuatu objek tanpa sentuhan fizikal) dan memanipulasi fikiran.

Tetapi kuasa baru ini datang dengan kesannya: kesannya adalah kewarasannya. Setiap kali Ian menggunakan salah satu kuasa, gangguan ke atas kewarasan dalam dirinya akan semakin berkembang.

PAST-CURE-Phantom8Studio

Dengan bantuan saudaranya Markus dan ejen rahsia Sophia, Ian akan memburu orang-orang yang telah mencuri kewarasannya, dan di sepanjang pemburuan itu Ian akan berhadapan dengan kartel Eropah Timur, tempat rahsia, dan saintis yang tidak bertanggungjawab, dan juga musuh yang bukan daripada dunia ini.

Past Cure masih sedang dalam pembangunan tiada sebarang tarikh pengeluaran diumukan lagi setakat ini. Di bawah, anda boleh melihat treler terbaru:

Past Cure akan dikeluarkan ke PS4, Xbox One, dan PC.

Sumber: DualShockers

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.