Berita

Pasukan Liquid Telah Memenangi DOTA 2: The International Dan Membawa Pulang RM 42.91 Juta

Diolah oleh hang92

Semalam telah berlaku pertembungan di antara dua pasukan DOTA 2 yang terkuat di dunia untuk merebut peluang mendapatkan hadiah kemenangan RM 42.91 juta dan pemenangnya adalah Team Liquid.

Dua pasukan yang berlawan di acara akhir semalam ialah Team Liquid dan NewbeeCN, dua pasukan yang kita boleh kita anggap mereka sebagai pasukan pemain Dota 2 terbaik di dunia.

Team Liquid akan menerima bahagian paling besar dalam keseluruhan jumlah wang kemenangan terkumpul pertandingan sebanyak $22 juta (~ RM 94.41 juta), dan mereka akan memperoleh sebahagian wang terkumpul itu sebanyak $10 juta (~ RM 42.91 juta) .

Tempat kedua pula akan menerima sebanyak 16% daripada wang kemenangan terkumpul dan tempat ketiga pula akan menerima 10.5% daripada wang kemenangan terkumpul tersebut.

Secara keseluruahan, sebanyak 18 pasukan telah membawa wang kemenangan masing-masing, tetapi hanya Team Liquid sahaja yang layak dianugerahkan trofi kemenangan The Aegis, piala kemenangan The International 7.

Beratus ribu peminat telah menyaksikan pertandingan ini secara langsung, dan sewaktu kemenangan Team Liquid,  anda boleh saksikan betapa meriahnya sambutan kemenangan ini dengan bunga api dan letupan di dalam stadium.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikannya di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.