Berita

Patung Daripada Permainan Bloodborne Ini Berharga RM 3,458!

Diolah oleh hang92

Satu lagi keluaran patung permainan video sedang dalam perjalanan. Patung ini berdiri hampir tiga kaki tinggi dan berdasarkan watak Hunter, watak yang berasal dari permainan Bloodborne.

Direka oleh Prime 1 Studio, patung yang dihasilkan adalah secara khusus berdasarkan DLC Bloodborne, The Old Hunters.

Ia berdiri 32 inci (kira-kira 81 cm) tinggi dan dijual pada harga RM 3458.

Patung ini didatangkan dengan lampu jalan dan tiang yang boleh ditukar ganti. Dua tangan kanan ini juga boleh ditukarkan dengan 2 senjata yang berbeza:samada satu memegang Saw Cleaver, dan satu memegang Hunter Ax.

Hanya 2,000 edisi biasa dan 1,250 versi eksklusif akan dihasilkan.

Edisi eksklusif boleh dipesan sekarang daripada Sideshowtoy Collectibles dan mereka menyatakan tarikh penghantaran adalah pada Julai-September 2018.

sumber : Prime1Studio

Mungkin anda juga berminat untuk membaca tajuk lain seperti ini di konsol.my

Uncharted 4 : Tugu Mini Nathan Drake Di Buka Untuk Pra Tempahan

Persona 5 : Figura Ann Takamaki Telah Dihasilkan Dan Dia Nampak Cantik Sekali

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.