Berita

Pelanggan Astro IPTV Yang Menggunakan TIME Fibre Kini Sudah Boleh Menikmati Kelajuan 100Mbps Dan Ke Atas

Diolah oleh hang92

Jika dahulu, pelanggan Astro IPTV yang menggunakan khidmat jalur lebar TIME Fibre terpaksa bersabar dengan kelajuan 10Mbps, 20Mbps dan 30 Mbps walaupun pada masa yang sama TIME sudah menaiktaraf kelajuan jalur lebar mereka kepada 100Mbps dan ke atas.

Namun kini, selepas beberapa bulan, TIME Fibre sudah mula menaiktaraf sedikit demi sedikit kelajuan jalur lebar bagi sesiapa yang melanggan pakej TIME Fibre yang telah ditawarkan oleh Astro IPTV.

Cerita ini bermula pada bulan Mac 2o16 apabila pelanggan yang sudah melanggan TIME Fibre diberikan naiktaraf kelajuan percuma sehingga kelajuan 100Mbps, 300Mbps atau 500Mbps berdasarkan pakej sedia ada. Malangnya, bagi sesiapa yang melanggan Astro IPTV pakej naiktaraf percuma ini tidak pula ditawarkan kepada pelanggan Astro IPTV.

Baca juga: Mencari Khidmat Teras Jalur Optik Internet Yang Terbaik di Malaysia

Pelanggan Astro IPTV sudah mula menerima email yang memberitahu tentang kerja naiktaraf ini sejak Selasa yang lepas. Kerja naiktaraf ini memerlukan penukaran perkakasan internet sedia ada dengan yang baharu untuk mengoptimasikan penggunaan internet mereka.

Jika anda merupakan salah seorang pelanggan Astro IPTV yang menggunakan TIME Fibre dan masih belum menerima email daripada mereka, anda dinasihatkan supaya menelefon pihak Astro IPTV di talian 03 95431543 atau email sahaja mereka di wecare@astro.com.my bergantung kepada pakej yang anda langgan, anda sepatutnya akan dinaiktaraf kepada kelajuan 100Mbps, 300Mbps atau 500Mbps.

sumber: lowyat.net

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.